Monday, December 21, 2009

Kemahiran Meliterasi Media : Keperluan yang dilupakan



Media merupakan salah satu medium yang sangat penting pada masa kini dalam menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat umum. Penggunaan medium ini dilihat dilaksanakan secara maksimum oleh pihak-pihak tertentu umpamanya pihak kerajaan dalam menyampaikan maklumat dan informasi kepada masyarakat dan rakyat. Begitu juga dengan pelbagai agensi dan pihak tertentu yang melihat keberkesanan dan pengaruh media ini kepada masyarakat.

Instrumen Media Masa Kini

Satu demi satu bentuk dan alat komunikasi yang tumbuh pada akhir-akhir ini umpamanya facebook,twitter,blog dan sebagainya yang mana fungsi dan tujuan dicipta adalah tidak lain dan tidak bukan mempunyai agenda yang sangat penting antaranya mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap sesuatu perkara yang ingin dibawa oleh individu yang mengamalkan medium ini. Dalam satu kajian yang berkaitan dengan pengamalan media baru ini,peratus kesedaran penggunaan media baru sangat tinggi iaitu hampir 92% dan golongan yang berumur di kalangan 18 hingga 35 tahun mendominasi dan mengamalkan medium ini. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang dilihat terlepas pandang oleh masyarakat Malaysia khususnya iaitu bagaimana meliterasi media .



Apa itu literasi media?

Saya datangkan contoh “ surat khabar iaitu salah satu bentuk media tradisional, dibeli oleh seseorang individu dan beliau membaca akhbar tersebut dengan memahami dan dapat menilai keabsahan maklumat tersebut.” Baiklah, proses yang dilakukan oleh individu tersebut dalam menilai maklumat tersebut adalah literasi media. Tidak dinafikan bahawa peratus penggunaan internet amat tinggi namun kegagalan dalam menilai dan menganalisis maklumat dengan tepat adalah sangat berkurangan dan dikatakan juga dalam kajian tersebut hanya sekitar 30-40% sahaja.

Penguasaan Media Baru

Sebagai seorang mahasiswa yang akan menjadi pemimpin pada masa akan datang, sangat wajar kepada kita untuk menguasai dan memanfaatkan media baru ini. Walaupun Malaysia dikatakan hampir keseluruhan penduduknya bijak dalam menggunakan internet,namun satu keperluan yang mungkin terlepas pandang adalah bagaimana mengurus dan menilai maklumat yang diterima. Selain itu,penggunaan media baru juga perlu bijak dan tidak melepaskan walaupun sedikit manfaatnya. Lihat sahaja Burkina Faso,sebuah negara yang agak terkebelakang berbanding Malaysia,berjaya memanfaatkan media baru ini dengan berjaya memasarkan produk mereka hingga ke antarabangsa. Jika mereka berjaya memahami dan memanfaatkan fungsi dan peranan media baru ini, mengapa tidak kita,yang bergelar mahasiswa intelektual,menjadikan medium ini sebagai instrument utama dalam menyampaikan maklumat yang benar dan sahih kepada masyarakat.

Konklusi

Mahasiswa yang bijak adalah mahasiswa yang bijak menilai sesuatu perkara khususnya dalam bacaan media masa kini. Tidak dinafikan kehebatan propaganda media pada masa kini sangat kuat,namun ia bukanlah alasan untuk kita tidak mempelajari dan menguasai media pada masa kini. Lebih bermakna lagi apabila kita dapat mengimbangi peratusan penggunaan internet dengan kemahiran meliterasi media dengan baik. Maka tidak mustahil,akan lahirlah masyarakat yang lebih bijak dan cerdik pada masa akan datang. Namun,sekiranya mahasiswa masih malas dan tidak berusaha untuk mempelajari ilmu-ilmu ini,khususnya dalam ilmu media ini,cubalah bayangkan apalah yang akan berlaku pada masa hadapan?apakah kita ini masih ditipu dan terus ditipu dan diperdayakan dengan mudah??Fikirkanlah bersama…
Friday, December 18, 2009

Mahasiswa perlu mengubah paradigma

Awal Muharam menjelang tiba. Hampir 1431 tahun Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita di dalam meneruskan perjuangan menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Siri-siri perjuangan Rasulullah s.a.w dahulu wajar di ambil pengajaran oleh umat Islam pada masa kini di dalam merebut hikmah yang tersembunyi disebalik setiap peristiwa tersebut dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan masa kini.

Rahsia di sebalik hijrah Rasulullah

Umum mengetahui bahawa tanggal 1 Muharam, Rasulullah s.a.w bersama Abu Bakar,sahabat karib baginda berhijrah ke Madinah atas perintah Allah dalam melebar luaskan Islam dan menubuhkan Negara Islam pertama di sana. Namun,wujud strategi-strategi yang Rasulullah gunakan dalam meneruskan perjalanan ke Madinah. Antaranya, mengapa Rasulullah memilih Abu Bakar sebagai peneman baginda? Ini adalah kerana Abu Bakar adalah pakar di dalam mengenal pasti kedudukan dan koordinasi penduduk Mekah pada waktu itu. Maka, sudah tentulah pergerakan baginda dan Abu Bakar pada malam baginda keluar untuk berhijrah menjadi lebih mudah dan teratur serta aman daripada gangguan dan ancaman musuh..dan terdapat lebih banyak lagi rahsia-rahsia dan kebijaksanaan baginda dalam mengatur strategi di dalam melaksanakan sesuatu dan perkara ini boleh dirujuk di dalam Manhaj Haraki tulisan Syeikh Munir Ghadhban..

Keperluan mahasiswa berfikiran Lateral

Melihat kepada kebijaksanaan baginda di dalam melakukan setiap perkara, maka, tidak dapat tidak, mahasiswa/i khususnya mahasiswa Islam sewajarnya mengambil setiap hikmah yang baginda tinggalkan untuk dilaksanakan dan diaplikasikan pada masa kini. Baginda tidak terburu-buru di dalam melaksanakan sesuatu dan baginda juga mempunyai visi yang jelas dalam setiap perkara yang dilakukan. Perkara ini perlu dicontohi oleh mahasiswa/i Islam pada masa kini di dalam menongkah arus cabaran yang dilalui oleh umat Islam di dalam menegakkan Islam pada zaman ini. Mahasiswa mesti cepat berfikir dan cepat bertindak dan melakukan sesuatu bukan mengikut emosi semata-mata tetapi bersandarkan kepada ilmu dan fakta yang tepat. Mahasiswa/i juga perlu berusaha untuk mengeluarkan idea yang lebih kreatif dan bijaksana dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan tidak seharusnya menjadikan jawapan bagi persoalan yang sama diteruskan. Lebih bijak lagi,sekiranya di datangkan idea baru dalam menyelesaikan fakta tersebut.

Azam Baru 1431 Hijrah

Datangnya tahun baru, maka setiap insan pastinya mempunyai azam baru di dalam memajukan diri kearah lebih terkehadapan lagi. Maka,mahasiswa/i Islam khususnya memanfaatkan azam dan semangat tahun baru hijrah ini dengan memperkuatkan tenaga dan usaha di dalam menambah thaqafah dalam diri dan menyediakan keperluan-keperluan yang perlu ada dalam setiap mahasiswa Islam sebelum turun ke masyarakat untuk dimanfaatkannya. Teringat kata-kata ulama “ Orang yang baik adalah apabila di campakkan ke laut menjadi pulau, dan apabila dicampak ke tanah menjadi bukit”..teringat juga keluhan seorang tok guru salah sebuah pondok “ sedih melihat umat Islam zaman sekarang,tidak sedar bahawa mereka telah ditipu dan diperdayakan oleh syaitan nyata dan tidak nyata,maka menjadi satu kewajipan masyarakat Islam yang faham dan jelas tentang Islam untuk memberikan kefahaman kepada mereka yang telah diperdayakan”..Justeru, manfaatkanlah azam tahun baru ini dengan berusaha bersungguh-sungguh supaya menjadi seorang mukmin yang berjaya dan berguna untuk Islam untuk masa hadapan.

Sunday, November 1, 2009

Rindu dan Cinta hanya untuk Allah

Berbicara tentang rindu dan cinta, tidak dapat lari daripada soal hati dan rasa. Ya, rindu dan cinta letaknya di hati – raja dalam kerajaan diri manusia. Sabda Rasulullah saw:
“Bahawasanya di dalam jasad anak Adam ada seketul daging. Apabila baik daging itu, baiklah seluruh anggotanya. Sebaliknya, jika jahat daging itu, jahatlah seluruh anggotanya. Ketahuilah daging itu ialah hati.”
Riwayat Al-Bukhari

Ini bermakna, rindu dan cinta yang harus bersemi di hati mestilah rindu dan cinta yang ‘baik’. Barulah hati akan menjadi baik, dan seluruh anggota jadi baik. Tapi jika rindu dan cinta itu ‘jahat’ maka jahatlah hati. Akibatnya jahatlah seluruh anggota. Kata orang, “berhati-hatilah menjaga hati.” Jangan dibiarkan hati itu penuh dengan rindu dan cinta yang salah… akibatnya terlalu buruk.

Umpama menyerahkan kepimpinan negara kepada seorang yang jahat. Kita tentu tahu apa akibatnya bukan? Pemimpin yang jahat akan melakukan kemungkaran, penzaliman, rasuah dan lain-lain kejahatan yang akan menghancurkan sebuah negara. Maka begitulah hati yang jahat, akan menyebabkan seluruh diri kita terarah kepada kejahatan. Jadi, berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati memberi cinta dan rindu.

Sebenarnya, pada siapa kita harus cinta? Pada siapa kita mesti rindu? Mungkin ada diantara kita yang tertanya-tanya. Pada kekasih hati? Atau si dia yang sentiasa diingati. Oh, bukan, bukan… Sebenarnya hati setiap manusia secara fitrahnya mencintai dan merindui Allah. Kenapa dikatakan begitu? Dan benarkah begitu? Baiklah, mari kita fikirkan dan renungkan bersama…

Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Tuhan. Justeru, Tuhan sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia.

Bukankah Allah memiliki kekayaan yang diingini oleh si miskin? Allah mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah Maha Adil dan mampu memberi keadilan yang didambakan oleh yang tertindas. Oleh kerana itulah Tuhan mempunyai nama-nama yang baik (Asmaul Husna), yang menggambarkan keindahan, keadilan, kasih-sayang yang segala sifat kesempurnaan-Nya. Diantara nama-nama Allah itu ialah Al Adil (Yang Maha Adil)? Al Ghani (Maha Kaya)? Ar Rahman (Maha Pengasih)? Dan Ar Rahim (Maha Penyayang)?

Sebutlah… apa sahaja keinginan manusia tentang kebaikan dan kesempurnaan, maka di situ sebenarnya (secara langsung ataupun tidak), manusia sedang merindui dan mencintai Allah. Inilah rasa yang tidak dapat dihapuskan. Selagi manusia punya hati dan perasaan. Rasa bertuhan inilah yang menurut Imam Ghazali, tidak akan dapat dinafikan oleh hati sekalipun kerap dinafikan oleh sifat keegoan manusia.
Inilah benih rindu dan cinta yang telah dibina (‘install’) secara fitrah (tabie) dalam diri setiap manusia sejak di alam roh lagi. Firman Allah:
“Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi.”
Al-A’raf : 172

Bahkan, pakar-pakar psikologi manusia juga turut mengakui. Manusia sebenarnya mempunyai keinginan kepada suatu kuasa yang dapat mengatasi segala kekurangan dan kelemahan. Ini memang satu naluri yang semulajadi.

Prof Dr Ramachandran dari California University misalnya, telah menemui ‘Titik Tuhan’ – ‘God Spot’ dalam sistem otak manusia yang sentiasa mencari makna kehidupan – asal-usulnya, apa maksud kedatangannya ke dunia, dan ke mana akan pergi selepas mati. Dan di hujung semua persoalan itu pasti manusia akan menemui kewujudan Tuhan. Inilah hakikatnya pencarian dan kembara manusia. Inilah asas segala kerinduan dan cinta!

Jadi sedarlah. Apabila hati kita resah dan gelisah inginkan pembelaan, hakikatnya pada ketika itu hati kita sedang merindui yang Maha Adil. Ketika kasih-sayang terputus atau cinta terkandas, kita inginkan sambungan… maka ketika itu sebenarnya kita sedang merindui Ar Rahman dan Ar Rahim (Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Ketika bersalah, kita merintih inginkan keampunan dan kemaafan, maka pada saat itu kita sebenarnya merindui Al Ghafar (Pengampun) dan mencintai Al Latif (Maha Lembut).

Semua keinginan itu hanya akan dapat dipenuhi apabila manusia merapatkan dirinya kepada Allah. Allah yang punya segala-galanya itu. Allah sentiasa mahu dan mampu memberi apa yang diinginkan oleh setiap manusia. Firman Allah:
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan perkenankan. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan dimasukkan neraka Jahanam dalam keadaan hina.”
Al-Mukmin : 60

Menerusi nama-nama Allah yang baik inilah seharusnya kita merintih, merayu dan memohon kepada Allah. Firman Allah:
“Allah memiliki Asmaa’ ulHusna, maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut nama-nama yang baik itu…”

Al A’raaf : 180

Manusia hakikatnya tidak punya apa-apa yang diingini oleh manusia lain. Mereka mungkin mahu memberi, tetapi tidak mampu. Ada pula yang mampu memberi tetapi tidak mahu melakukannya. Mungkin hartawan punya harta, tetapi dia tidak punya sifat pemurah. Mugkin ada si miskin punya hati yang pemurah, tetapi tidak memiliki harta yang dipinta oleh si miskin yang lain. Tegasnya, manusia tidak sempurna. Hanya Tuhan yang mempunyai segala apa yang diinginkan oleh seluruh manusia.

Ya, ditegaskan sekali lagi bahawa keinginan manusia kepada satu kuasa yang Maha sempurna ini adalah lanjutan daripada ‘perkenalan’ dan ‘percintaan’ manusia dengan Allah di Alam Roh lagi (yakni alam sebelum alam dunia ini) . Bukankah sejak di alam roh lagi manusia telah mengetahui dan mengakui akan kewujudan dan keagungan Allah. Firman Allah:
“Bukankah aku ini Tuhanmu? Maka semua (roh manusia) menjawab: ‘Benar, kami (Engkaulah Tuhan kami) menjadi saksi.”
Al-A’raf : 172

Itulah pertanyaan Allah sekaligus keakuran roh manusia atas pertanyaan itu. Ya, ketika itu semua roh manusia telah mengenali Allah. Bukan itu sahaja, bahkan roh manusia telah mengakui Allah sebagai pemilik, pentadbir dan pengatur alam ini. Inilah yang dimaksudkan cintakan Allah itu adalah fitrah setiap hati. Tetapi soalnya, mampukah cinta itu terus suci dan abadi di dalam hati setiap manusia?

Sungguhpun begitu, perkenalan dan percintaan manusia dengan Allah di alam roh itu kerap tercemar. Sebaik sahaja lahir ke alam dunia, manusia yang dulunya begitu mengenali dan mencintai Allah mula dipisahkan daripada kecintaan dan kerinduannya itu. Yang sejati luntur, yang ilusi muncul. Perkenalan dengan Allah mula dicemari. Manusia mula dipisahkan dari Tuhan. Dan amat malang, kerapkali yang memisahkan anak-anak daripada Allah ialah ibu-bapa anak-anak itu sendiri. :
“Setiap anak-anak dilahirkan putih bersih, kedua orang tuanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani.”

Justeru, untuk mengelakkan agar cinta yang suci itu tidak terus dikotori… maka awal-awal lagi apabila seorang bayi dilahirkan, dia terlebih dahulu diazankan dan diiqamatkan. Inilah usaha awal untuk meneruskan perkenalan bayi itu dengan Allah. Tidak cukup sekadar itu sahaja, malah para ibu-bapa juga wajib mengenalkan kepada anak-anak mereka segala sifat kesempurnaan Allah secara mudah tetapi konsisten. Sabda Rasululah:
“Awal-awal agama ialah mengenal Allah.”

Alangkah indahnya jika semua itu berjalan lancar. Sejak kecil lagi putik cinta dan rindu Allah itu tumbuh, berbunga dan akhirnya berbuah apabila menjelang dewasa. Malangnya, ramai anak tidak diperkenalkan kepada Allah oleh ibu-bapanya. Sebaliknya, didedahkan kepada unsur-unsur yang melindungi kebesaran Allah. Seringkali, didikan, ajaran, malah lagu, filem, bahan bacaan yang didedahkan kepada anak-anak menggugat perkenalannya dengan Allah.

Akibatnya, kerinduan dan kecintaan yang sedia ada di alam roh itu tidak bersambung, bahkan tercemar. Cinta terputus di tengah jalan. Setiap manusia memiliki hanya satu hati, tidak dua, tidak tiga. Bila cinta Allah dicemari, cinta yang lain datang mengganti. Dua cinta tidak akan berkumpul di dalam satu hati. Hanya satu cinta akan bertakhta di dalam satu jiwa. Bila cinta Allah terpinggir maka terpinggir jugalah segala kebaikan dan kesuciannya. Maka yang tumbuh selepas itu ialah cinta selain Allah seiring suburnya segala kejahatan dan kekejiannya!

Bagaimanakah caranyanya membersihkan semula hati yang telah dicemari dan diracuni? Cukupkah hanya dengan ucapan dan penyesalan? Ya, usaha untuk membersihkan hati adalah usaha yang sukar. Tetapi hanya itulah satu-satunya jalan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapat cinta itu semula. Setiap cinta menagih pengorbanan. Begitulah jua cinta Allah. Sabda Rasulullah:
“Iman itu bukanlah angan-angan, bukan pula ucapan, tetapi sesuatu yang menetap di dalam dada, lalu dibuktikan dengan perbuatan.”

Perjuangan itu pahit, kerana syurga itu manis. Kecintaan kepada Allah terlalu mahal. Bayangkan untuk mendapat cinta seorang wanita yang rupawan, jejaka yang hartawan, putera yang bangsawan, itupun sudah terlalu sukar, maka apatah lagi untuk mendapat cinta Allah zat yang Maha Agung dan Maha Sempurna itu.

Siapa tidak inginkan kecantikan, harta, nama dan kuasa? Semua itu mahal harganya. Namun semua itu tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan cinta Allah – sumber segala kekayaan, kecantikan, kuasa dan keagungan. Cintakan gadis yang cantik, kecantikan akan luntur. Cintakan harta yang banyak, harta akan musnah atau ditinggalkan. Cinta pada kuasa, suatu hari pasti dijatuhkan atau berakhir dengan kematian.

Namun cinta Allah, adalah cinta yang hakiki, sejati dan abadi. Keindahan Pencipta (Khalik) tidak akan dapat ditandingi oleh ciptaannya (makhluk). Keagungan, kekuasaan dan kekayaan Allah akan kekal abadi selamanya. Bila kekasih di kalangan manusia sudah berpaling, maka sedarilah bahawa Allah tetap melihat dengan pandangan rahmat-Nya. Apabila kita mencintai Allah, kita hakikatnya akan memiliki segala-galanya. Inilah cinta yang tidak akan terpisah oleh kejauhan, kematian dan kemiskinan. Sebaliknya bila kita kehilangan cinta Allah, kita sebenarnya telah kehilangan segala-galanya.

Sekiranya kita telah disukai oleh seorang raja, maka anda akan turut disukai oleh pelayan-pelayannya, dikurniakan pangkat, dijamin makan-minum, bebas di bergerak di istananya dan macam-macam lagi kurniaannya. Maka begitulah sekiranya seorang yang mencintai Allah. Para malaikat akan menjaganya. Orang-orang soleh turut mendoakannya. Rezkinya akan dipenuhi dengan segala kecukupan dan keberkatan. Apa nak dihairankan? Bukankah ‘talian hayat’ kekasih-kekasih Allah ini sentiasa terhubung kepada satu kuasa yang tiada tolok bandingnya!

Hadis Qudsi:
Allah swt berfirman: “Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil.”

(Sahih Bukhari)

Namun begitu, seperti yang ditegaskan sebelumnya, cinta Allah yang begitu agung dan suci, pasti ada tagihannya. Jalan mencintai Allah tidak semudah yang disangkakan. Sudah adat, setiap yang mahal, sukar mendapatkannya. Bandingannya seperti pasir dengan permata. Pasir, murah harganya… kerana ia boleh dicari di merata-rata. Sebaliknya, permata begitu tinggi nilainya, maka perlu menyelam ke dasar lautan untuk mendapatkannya.

Tidak ada kesukaran, tidak ada ganjaran. Begitulah jua dengan cinta Allah yang hakikatnya jauh lebih tinggi nilainya daripada intan atau permata. Justeru, pasti ada ‘harga’ atau mahar yang mahal terpaksa dibayar untuk mendapatkannya.

Untuk mendapat cinta Allah kita perlu berkorban. Cinta dan pengorbanan sudah sinonim dan tidak sekali-kali dapat dipisahkan. Kita perlu membayar harga cinta itu dengan segala yang ada pada kita – masa, tenaga, harta bahkan nyawa. Namun apa yang lebih penting bukanlah masa, tenaga atau sesuatu yang berbentuk lahiriah. Itu cuma lambang sahaja. Yang lebih penting ialah hati di sebalik pengorbanan itu.

Lihat sahaja hati yang dimiliki oleh Habil berbanding Qabil dalam pengorbanannya untuk Allah. Hati yang bersih akan mengorbankan sesuatu yang terbaik untuk Allah. Lalu kerana ketulusan hatinya, Habil mengorbankan hasil ternakannya yang terbaik untuk Allah. Manakala Qabil pula menyerahkan hasil pertanian yang kurang bermutu untuk membuktikan cintanya yang tidak seberapa. Lalu ini menjadi sebab, Allah menolak pengorbanan Qabil, sebaliknya menerima pengorbanan Habil.

Kita bagaimana? Sudahkah kita mengorbankan segala yang terbaik hasil dorongan hati yang baik? Ke manakah kita luangkan masa, usia, tenaga, harta kita yang terbaik? Untuk kebaikan yang disuruh oleh Allah atau ke arah kejahatan yang dilarang-Nya? Tepuk dada tanyalah hati, apakah ada cinta yang mendalam di dalam hati itu?

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya ALLAH tidak melihat gambaran lahir amalan kamu dan rupa kamu tapi ALLAH melihat hati kamu”.
Riwayat Muslim

Pengabdian kita kepada Tuhan adalah bukti cinta kepada-nya. Pepatah Arab mengatakan:
“Setiap orang menjadi hamba kepada apa yang dicintanya.”

Maksudnya, pengabdian adalah umpama ‘hadiah’ yang kita ingin berikan kepada Allah sebagai bukti cinta kita. Ia mesti didorong oleh hati yang bersih. Tidak dicemari riyak dan syirik. Maha suci Allah daripada dipersekutukan oleh hamba-Nya dengan sesuatu. Jika amal itu dicemari oleh kekotoran hati – riyak (syirik kecil), sifat menunjuk-nunjuk, syirik besar – mempersekutukan Allah) maka amalan itu tidak bernilai walaupun ia seluas lautan atau setinggi gunung.

Sebaliknya, jika hati seseorang itu ikhlas, amalnya yang sekecil manapun akan menjadi besar dan bernilai di sisi Allah. Insya-Allah, ‘hadiah’ itu akan diterima oleh Allah. Firman Allah:
“Barang siapa yang ingin menemui Tuhannya, hendaklah dia beramal soleh dan tidak mempersekutukan Allah dengan amalannya itu.”
Surah Al-Kahfi: 110

Hakikatnya Allah Maha Kaya dan DIA tidak mengkehendaki apa jua manfaat daripada hamba-hamba-Nya sekalipun amalan dan kebaikan yang mereka lakukan. Maha Suci Allah daripada bersifat miskin – punya keinginan untuk mendapat manfaat daripada para hamba-Nya. Amalan dan kebaikan yang dilakukan oleh manusia bukan untuk Allah tetapi manfaat itu kembali kepada manusia semula.

Bila kita solat misalnya, solat itu manfaatnya akan dirasai oleh kita juga. Firman Allah:
“Sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah daripada kemungkaran dan kejahatan.”

Surah Al-Ankabut: 45

Ya, solat akan menyebabkan kita terhalang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Itulah manfaat solat. Itu amat berguna kepada diri manusia. Manusia yang baik akan dikasihi oleh manusia lain. Hidup yang selamat daripada kemungkaran dan kejahatan, adalah hidup yang tenang, aman dan bahagia.

Begitu juga apabila Allah menyuruh kita melakukan sesuatu atau melarang kita melakukannya, itu adalah kerana Allah ingin berikan kebaikan kepada kita bukan untuk-Nya. Inilah rasionalnya di sebalik pengharaman riba, arak, zina, pergaulan bebas, pendedahan aurat dan lain-lain. Susah atau senangnya untuk manusia bukan untuk Allah. Tegasnya, jika patuh, manfaatnya untuk manusia. Jika engkar, mudaratnya juga untuk manusia.

Namun, walau sesukar mana sekalipun kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah, kita akan merasa mudah jika Allah sendiri memberi bantuan-Nya. Jika Allah sudah permudahkan, walaupun seberat mana sekalipun, kita akan mampu mengatasinya. Allah akan permudahkan kita dengan mengurniakan sifat sabar, istiqamah, syukur dan redha kepada-Nya. Lihatlah sejarah perjuangan para Rasul dan nabi serta sahabat-sahabat Rasulullah… kita akan tertanya-tanya mengapa mereka sanggup menderita, tersiksa bahkan terkorban nyawa untuk mendapat cinta Allah?

Renungilah betapa Sumayyah rela mengorbankan nyawanya. Begitu juga Mus’ab bin Umair, Hanzalah, Jaafar bin Abi Talib, Abdullah ibnu Rawahah… mereka semuanya telah syahid di jalan Allah. Apakah itu susah buat mereka? Mereka sangat menghayati apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah SAW:
“Jagalah Allah, nescaya engkau akan temukan DIA di hadapanmu. Kenalilah Allah ketika dalam keadaan lapang nescaya DIA akan mengenalmu dalam keadaan sempit. Ketahuilah segala sesuatu yang luput daripadamu tidak akan menimpamu dan sesuatu yang menimpamu tidak akan dapat luput darimu. Ketahuilah bahawa kemenangan itu menyertai kesabaran, kelapangan itu menyertai kesempitan dan kemudahan itu menyertai kesukaran.”
Riwayat Ahmad, Hakim, Thabrani, Ibnu Sunni, Ajiri dan Dhiya’

Mereka sesungguhnya merasa bahagia dalam mengharungi penderitaan, merasa mulia dengan mengorbankan nyawa. Ini semua mudah buat mereka kerana Allah telah melembutkan hati-hati mereka. Benarlah bila hendak seribu daya, bila mahu sejuta cara. Kemahuan dan keinginan mereka itu hakikat didorong oleh Allah. Untuk itu, mintalah simpati dari Allah untuk memudahkan kita mendekatkan diri kepada-Nya.

Bagaimana memohon simpati daripada Allah? Tidak lain dengan cara berdoa kepada-Nya. Doa itu adalah senjata orang mukmin. Maksudnya, doa ialah alat atau ubat yang paling mustajab dan mujarab untuk mendapat hati yang lunak dengan Allah. Namun harus diingat, doa bukanlah usaha ‘pemberitahuan’ kehendak-kehendak kita kepada Allah ( kerana tanpa diberitahupun Allah sedia mengetahui), namun doa hakikatnya usaha ‘penyerahan’ diri kita kepada-Nya.

Orang yang berdoa ialah orang yang mengakui segala sifat kehambaannya di hadapan kekuasaan Allah. Apakah sifat-sifat kehambaan itu? Antaranya, rasa lemah, hina, jahil, miskin, berdosa, hodoh dan segala sifat-sifat kekurangan. Berdoa ertinya kita menyerah pasrah kepada Allah. Kita nafikan segala kelebihan diri. Yang kita akui hanya sifat keagungan dan kebesaran Allah. Lalu kita inginkan hanya bantuan-Nya. Kita tagihkan simpati, kasihan dan keampunan-Nya sahaja.

Hanya dengan mengaku lemah di hadapan Allah kita akan memperolehi kekuatan. Hanya dengan mengaku miskin di hadapan Allah kita akan dikayaka-Nya. Tegasnya, hanya dengan merasai segala sifat kehambaan barulah kita akan mendapat kekuatan, kemuliaan dan kelebihan dalam mengharungi hidup yang penuh cabaran ini.

Bila Allah telah hadiahkan kasih dan rindu-Nya kepada kita, kita akan merasa kebahagiaan dan ketenangan yang tiada taranya lagi. Dalam apa jua keadaan kita akan mendapat ketenagan. Susah, kita sabar. Senang, kita syukur. Kita bersalah, mudah meminta maaf. Jika orang meminta maaf, kita sedia dan rela pula memaafkan. Alangkah bahagianya punya keikhlasan hati yang sebegini?

Itulah hakikatnya syukur – pada lidah, hati dan amalan. Syukur dengan lidah, mengucapkan tahmid (pujian) kepada Allah. Syukur dengan hati, merasakan segala nikmat hakikatnya daripada Allah bukan daripada usaha atau ikhktiar diri kita. Tadbir kita tidak punya apa-apa kesan berbanding takdir Allah. Dan akhirnya syukur dengan tindakan, yakni menggunakan segala nikmat daripada Allah selaras dengan tujuan Allah mengurniakan nikmat itu.

Jika Allah berikan harta, kita gunakan ke arah kebaikan dan kebajikan. Jika diberi ilmu, kita mengajar orang lain. Diberi kuasa, kita memimpin dengan adil dan saksama! Syukur itulah tujuan utama kita dikurniakan nikmat. Ertinya, kita kembalikan nikmat kepada yang Empunya nikmat (Allah).


sumber :genta-rasa.com

p/s : sekadar perkongsian dengan sebahagian rakan-rakan yang sedang mencari penyelesaiannya..:)
Sunday, October 25, 2009

Exam bukanlah segala-galanya..

Selepas makan bersama pada malam tadi,saya,Amar dan Us Idris berbincang apa aktiviti yang ingin dilakukan bagi mengelakkan daripada terkena sindrom-sindrom yang luar biasa berlaku kepada insan-insan yang akan menduduki peperiksaan..setelah mendapatkan keputusan,akhirnya kami bersepakat...(ESOK KITA PERGI PORT DICKSON)..

Jam 7 pagi, kami berkumpul dan bertolak bersama-sama ke port dickson meninggalkan rakan-rakan yang masih `fana`(ayat yang saya belajar dari amar) dengan gelombang peperiksaan yang akan tiba..akan tetapi yang peliknya, mengapa kami bertiga tidak merasai simptom-simptom yang yang mereka semua alami??..

Jam 8 pagi,kami tiba di port dickson..indah sungguh panoramanya..benar-benar menenangkan perasaan kami..hilang dari kebisingan kota..hilang dari `tension study`..dan yang penting,hilang dari `rakan-rakan yang secara tiba-tiba berubah feel dan tingkahlakunya`..hehe

Jam 9 pagi,kami sedang bersantai-santai di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi..kicauan burung-burung yang mengindahkan suasana, sambil melihat nelayan mencari rezeki..juga melihat keluarga yang berbahagia sedang bermesra-mesra bersama anak kecilnya,indahnya hidup bersama keluarga:)..benar-benar menghilangkan rasa stress kami melihat rakan-rakan yang berkelakuan luar biasa yang kami tinggalkan di bangi sana tu..:)..

Jam 9.30 pagi,kami masuk ke dalam laut sambil berenang-renang mengikut alunan ikan-ikan di sana,terasa segar dan nyaman sekali..bermain-main air,terapung di atas air..sangat menyegarkan dan menggembirakan hati kami..

Jam 10.00 pagi,akhirnya kami pun bersiap-siap dan bergegas pulang ke bangi..kami kembali ke tempat di mana rakan-rakan kami yang luar biasa ni masih lagi meneruskan aksi-aksi mereka di sini...

Jam 11.00 pagi,kami tiba dari Port Dickson membawa pengalaman yang sangat indah sekali..walaupun peperiksaan akan tiba esok hari,namun itu bukan alasan kepada kami untuk pergi ke sana..pada kami,peperiksaan bukanlah segala-galanya..apa yang penting,kefahaman terhadap ilmu tersebut..buat amar,Enta memang terbaik..walaupun hari isnin exam,tapi enta tidak menganggap exam sebagai alasan untuk hang beriadhah bersama-sama kami...

Apa yang pasti, kami tidak akan berubah menjadi luar biasa,seperti rakan-rakan yang berada di sekitar kami..:)

(p/s : minggu depan kita gi Port Dickson lagi,ada sesiapa nak follow??)


Amar dan Us Idris bahagia di tepi pantai


Amar dan Us Idris tenang di dalam air..:)


Saya juga tidak melepaskan peluang `bahagia` bersama-sama us Idris dan Amar di dalam laut..


saya sedang memerhatikan ikan paus bermain bersama anak-anaknya..


Wajah Amar yang langsung tidak gentar dengan peperiksaan..(all out)..hehe
Tuesday, October 20, 2009

Mencari kebijaksanaan yang hilang

`Nazri,kumpulkan ahli usrah,kita buat usrah petang ini` kata ust Idris kepada saya petang tadi..Selepas menyelesaikan peperiksaan mid term yang dibuat hampir kepada final exam, saya terus bergegas menghubungi rakan-rakan usrah untuk berkumpul..

Pada permulaannya, dicadangkan untuk berbincang dan berbahas tentang kisah-kisah di dalam surah kahfi,tetapi disebabkan masalah tertentu maka Ust Idris membuka tajuk perbincangan `Mencari Hikmah yang hilang`..Satu tajuk yang tidak pernah saya terbayang untuk membincangkannya..mungkin kita sudah biasa mendengar ungkapan manusia ketika dilanda musibah sebagai contoh "sabarlah,ada hikmahnya di sebalik itu"..mungkin perbincangan pada petang ini akan memberikan satu maklumat baru kepada saya..

Mencari `WISDOM` ?

Data => Information => Knowledge => WISDOM..satu formula yang dikongsi oleh ust Idris yang membuatkan diri saya tertanya apakah maksud tersirat disebalik yang tersurat..Melalui perbincangan ringkas sesama rakan-rakan, data adalah merupakan simbol dan ianya tidak boleh berdiri di atas diri sendiri..kemudian,Information pula ialah maklumat ringkas terhadap Data tersebut yang akhirnya mencapai tahap knowledge(kefahaman)..Hasil daripada gabungan ketiga-tiga item ini boleh mencapai tahap wisdom(kebijaksanaan) hanya bagi mereka yang terpilih..

Bagaimana menjadi yang terpilih?

Persoalannya disini, apakah kita ini tergolong hanya setakat knowledge atau mungkin boleh jadi hanya sekadar tahap information atau tidak mustahil hanya sekadar berada di setakat data sahaja..? Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Baqarah (269) yang bermaksud :

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Mencapai kebijaksanaan adalah menjadi harapan kepada setiap orang mukmin. Maka bertepatanlah dengan kata hukama yang berbunyi "Hikmah adalah barang yang tercicir dari orang Mukmin,barangsiapa yang menjumpainya maka ia berhak untuk mendapatkannya"..Melihat kepada putaran sejarah kegemilangan Islam pada zaman dahulu, kita dapat melihat kejayaan demi kejayaan yang telah dilaksanakan oleh sarjana Islam bahkan kita merasa bangga apabila kisah-kisah kejayaan Islam pada masa lampau diceritakan semula..siri-siri kejayaan dan kemenangan di pihak Islam dari pelbagai aspek menjadi satu pengajaran dan hikmah kepada orang Islam itu sendiri malah non Muslim juga mengambil hikmah yang terdapat di sebalik peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada zaman dahulu..

Persoalannya di sini, kemanakah perginya hikmah di sebalik kejayaan Islam pada zaman dahulu..?apakah mukmin pada hari ni hanya sekadar melihat kejayaan non Muslim yang telah berjaya melalui hikmah yang dipetik daripada kisah kejayaan Islam pada masa dahulu?

Tidak inginkah kita menjadi al-Fateh yang kedua,al-Ayyubi yang kedua??

Kesimpulan

Sebagai bakal pewaris kepimpinan keluarga,negara dan bangsa, maka penyelesaian terbaik ialah mencari hikmah yang telah tercicir dari sirah yang telah berlaku dan latihlah diri supaya berfikir diluar kotak atau di dalam kata lain, menafsir sesuatu dengan melihat apakah maksud yang tersurat di sebalik yang tersirat..
Saturday, October 17, 2009

Antara Dakwah dan Siasah : Mana yang perlu di dahulukan?

sekadar ingin berkongsi pandangan dengan sahabat2..melihat kepada kepentingan semasa pada masa sekarang..mana kah yang lebih patut di aulakan?apakah dakwah itu sesuai dan penting mendahului siasah atau siasah itu lebih penting mendahului dakwah?

mungkin terdapat pro kontra terhadap statement di atas, maka mohon respon rakan-rakan supaya masing-masing menjadi lebih faham akan dasar perjuangan asal..:)
Friday, August 28, 2009

Wacana Pemikiran Syed Qutb..

Friday, August 21, 2009

Rebut, Jangan tak Rebut!!

Sedar tak sedar, kita sudah memasuki bulan ramadhan yang mulia..dalam kesibukan kita mencari dan menguruskan hal dunia, kadang-kadang kita terlupa tugas kita untuk mencari bekalan akhirat yang sudah pasti kita semua akan laluinya..

Jika hendak dibandingkan umur kita dengan amalan kita, sudah pasti amalan yang kita kumpul selama kita hidup dengan umur yang telah Allah berikan ini tidak mencukupi untuk `cover` keseluruhan hidup kita..

Justeru, sempena kedatangan ramadhan pada kali ini, marilah kita bersama-sama merebut peluang yang Allah hadiahkan kepada hamba-hambaNya..Banyakkanlah membaca al-Quran, solat sunat dan hindarkan diri daripada maksiat..Saya seru kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekalian untuk kita bersama-sama memanfaatkan hadiah yang Allah s.w.t telah berikan kepada kita ini..

Semoga puasa kita diterima oleh Allah s.w.t..Amin..

Monday, August 10, 2009

Roda-roda kehidupan..

Hampir 3 minggu, saya tidak mengupdate blog..bukan kerana tiada masa tetapi mungkin diri saya ini masih belum bersungguh-sungguh untuk menggunakan blog ini sebagai medan dakwah saya..pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 3 minggu yang lepas..memandangkan post ini ditulis saat diri saya ini terasa sangat bosan, maka saya pun merasa terpanggil untuk bercerita dan berkongsi kepada sahabat-sahabat tentang perkara-perkara yang saya lalui sepanjang 3 minggu ini..
Pelbagai kisah suka duka yang berlaku..ada perkara yang berada di luar jangkauan pemikiran saya dan ada juga beberapa perkara yang telah merealisasikan impian saya..mudah-mudahan,setiap perkara yang saya lalui ini dapat membentuk diri ini menjadi seorang mujahid yang kuat di dalam mempertahankan agama Allah yang mulia ini..

Peristiwa Demontrasi Selatan Thai

Mungkin saya boleh mulakan perkongsian saya dengan cerita ini..satu cerita yang benar-benar berlaku dan terjadi di luar jangkaan saya...Jika sebelum ini, saya hidup dalam `tahanan polis` selama hampir 22 tahun dengan penuh ceria dan gembira , tetapi buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya telah berada hampir setengah hari di dalam `tahanan polis` juga tetapi dengan suasana yang luar biasa, orang putih kata `culture shock`..masih lagi saya teringat, kira-kira 30 minit selepas solat jumaat, 17.07.2009 saya telah di tangkap polis kerana di syaki terlibat dengan perhimpunan haram…bahkan bukan sahaja saya di tangkap malah `kereta polis` yang hampir 2 tahun saya jaga dan pandu juga turut di tahan di dalam balai polis Tun Razak..Aduh, hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu tatkala saya telah dituduh bersubahat untuk perhimpunan haram tersebut..hanya kepada Allah tempat saya mengadu ketika itu..Selepas saya di tahan, saya meminta izin untuk ke surau dan membuat solat hajat memohon bantuan dan pertolongan dari Allah…sepanjang saya berada di balai tersebut, saya tidak henti-henti membaca al-Quran dan memohon supaya Allah memberikan pertolongan..Kuasa Allah mengatasi segala-galanya,akhirnya saya dilepaskan kerana tiada bukti yang kukuh untuk menyabitkan tuduhan terhadap saya…Maha Suci Allah yang memegang hati-hati makhluknya.. Moga-moga ujian yang saya lalui ini dapat membentuk diri saya menjadi lebih kental pada masa akan datang..

Pertemuan dengan Kumpulan Shoutul Harakah

Sejak sekolah menengah lagi,saya telah mendengar lagu-lagu daripada kumpulan shoutul harakah..Dari dulu lagi, saya berhasrat untuk bertemu dengan ahli kumpulan ini..Sekali lagi kuasa Allah menentukan segala-galanya..Pada 1.8.2009,detik yang saya tunggu selama ini tiba..Gamis telah menjemput kumpulan ini untuk satu konsert yang disebut `Konsert Antara Dunia` yang menampilkan artis nasyid tempatan seperti Rabbani, Hijjaz, Nibras, dan Raihan..Bukan niat saya untuk menjatuhkan kumpulan nasyid dari Malaysia ini akan tetapi pada malam tersebut, hati dan jiwa saya seperti tidak boleh menerima persembahan daripada artis nasyid dari Malaysia..Saya tidak merasa puas dengan persembahan daripada kumpulan Shoutul Harakah..saya dapat merasakan ada roh islam terdapat di dalam setiap bait-bait lirik lagu mereka..di susuli dengan laungan takbir di dalam stadium, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu..indahnya hidup apabila berada di dalam suasana islam..tidak ada rasa gentar dalam memperjuangkan islam, tidak takut untuk menzahirkan semangat jihad di dalam diri..tidak takut melaungkan takbir..MasyaAllah, saya berdoa supaya dapat hidup di dalam suasana seperti ini..InsyaAllah jika di izinkan tuhan..Pada malam itu, saya betul-betul merasa tidak puas hati kepada penganjur kerana hanya membenarkan mereka menyanyikan 3 lagu sahaja..Hati ini pulang dengan hampa…Akhirnya impian yang selama ini saya nanti-nantikan termakbul jua..Ust Idris telah mengajak saya untuk menemaninya bersama-sama sahabat-sahabat lain Ust Amar, Ust Mubarak untuk pergi ke LCCT bagi mewakili penganjur mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan ini..Apalagi, peluang yang sekian lama di nantikan telah tiba..seperti wartawan Melodi, bertubi-tubi soalan saya ajukan kepada ahli kumpulan tersebut..daripada kehidupan mereka sebagai mahasiswa, penglibatan awal mereka di dalam berdakwah hingga kepada bagaimana tertubuhnya kumpulan ini..pelbagai lontaran idea dan nasihat telah saya terima di dalam pertemuan sesingkat ini..Teringat pesanan akhir daripada salah seorang ahli kumpulan ini yang menyebutkan bahawa mereka berdoa supaya saya dan mereka akan bertemu lagi akan tetapi bukan pada pertemuan yang biasa bahkan satu pertemuan di dalam medan dakwah yang lebih luas lagi..menakjubkan saya juga bahawa kumpulan mereka ini bukan hanya sekadar penasyid biasa bahkan mereka ini merupakan ahli parlimen, adun, pensyarah dan sebagainya..Mudah-mudahan usaha mereka untuk berdakwah akan di terima oleh Allah s.w.t dan diberikan pertolongan ke atas setiap apa yang mereka lakukan untuk Islam..

Jangkitan H1n1

Jika sebelum ini, saya hanya mendengar dan melihat di media elektronik tentang penularan wabak H1N1 akan tetapi pada 4.8.09 yang lalu, saya telah mendapat mesej dari ayah saya yang mengatakan bahawa adik saya dikatakan suspek H1n1..hanya Allah yang tahu betapa terkesimanya saya mendengar berita itu..saya terus bergegas ke Johor, sekolah adik saya untuk mengikuti perkembangannya..Alhamdulillah, ia hanyalah suspek sahaja..dan adik saya pun di bawa pulang ke rumah untuk rawatan yang seterusnya…Saya dapat merasakan perasaan bagaimana insan lain yang dijangkiti wabak ini dan perasaan ahli keluarga mereka..Mudah-mudahan Allah meletakkan mereka ini di dalam golongan orang yang bersabar..Mungkin wabak ini merupakan petanda dari Allah untuk peringatan kepada hambaNya??hanya kita sendiri yang mampu untuk muhasabah diri dan menilai sejauh mana hubungan kita kepada Allah s.w.t..

Kesimpulan

Tatkala saya menulis post ini, saya berfikir panjang terhadap peristiwa-peristiwa yang telah saya lalui beberapa hari ini..terasa hinanya diri kita ini sebagai hamba di muka bumi ini..maha suci Allah untuk melakukan apa yang dikehendakiNya kepada kita sebagai hambaNya yang dhaif ini..Siapalah kita untuk ego dan sombong dengan apa yang kita ada di dunia ini bahkan kita ini adalah di ibaratkan sebagai zarah yang tersangat kecil jika diukur dengan keluasan dunia ciptaan Allah s.w.t..Kadang-kadang perkara seharian yang kita lakukan tidak pun diniatkan untuk Allah s.w.t..Layakkan kita ke syurga dengan ujian-ujian yang kita lalui ini? Jika dibandingkan dengan perjuangan dan ujian Para Sahabat di dalam memperjuang dan mempertahankan Islam, apalah sangat ujian yang kita lalui ini??Oleh itu, saya berpesan kepada diri saya yang dhaif ini dan juga kepada sahabat-sahabat agar kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali sejauh mana usaha kita untuk Islam..dan satu firman Allah s.w.t yang sering bermain-main di fikiran saya dan memberikan saya satu motivasi untuk terus menerus melakukan kerja dakwah di muka bumi ini..Firman Allah di dalam surah zalzalah : 4 di mana Allah menyebut “ Pada hari ini(hari kiamat), bumi akan menceritakan beritanya”..Kita perlu sedar yang kita berada di atas muka bumi dan bumi jugalah yang menjadi saksi kepada setiap perbuatan kita..justeru itu, saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat untuk terus berjuang di dalam mempertahankan dan mengangkat Islam kembali ke tempatnya..dan ingat, Bumi Allah ini akan menjadi saksi di atas setiap perjuangan kita..
Monday, July 20, 2009

Selamat Ulang Tahun ke 43 Emak..:)

Warkah buat Mak..

Selamat Ulang Tahun yang ke 43 Emak..

Tiada apa yang dapat saya dapat balas di atas setiap jasa dan pengorbanan yang telah emak berikan kepada saya..walaupun diri ini selalu menyakiti hatimu tetapi Mak tetap bersabar dengan kerenah sikap saya..

Terlalu banyak memori yang selalu bermain-main di mindaku setiap kali berfikir mengenai mu,Mak..sejak dari kecil lagi, banyak kenangan manis yang bermain-main di mindaku..masih aku ingat tatkala aku berada di darjah 3, ketika aku ingin pergi ke sekolah di waktu pagi, aku tidak sempat menyiapkan kerja sekolah,Mak lah yang menyiapkan kerja sekolah aku..Nampak keletihan di wajahmu tatkala melayan kerenah aku yang nakal sewaktu bersekolah rendah dahulu..

Masa berganti masa,aku pun mula meningkat remaja,aku mula berpisah dengan mu,Mak..teringat ketika hari pertama berada di Asrama sewaktu di sekolah menengah dahulu,aku menangis pada malam hari,rindu sangat kat emak..ketika membaca Yasin pada malam jumaat,menitis air mata..minda terfikir-fikir apakah mak sedang lakukan sekarang,sihat ke,sakit ke,dah makan ke,Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku pada waktu itu..

Setelah 3 tahun berpisah sejauh hampir 300km,aku pun mula mencari alasan untuk duduk berdekatan dengan Mak..akhirnya atas usaha ayah dan kedegilan aku,akhirnya aku bersekolah di sebuah sekolah agama di Selangor..hati pun mula seronok kerana aku dekat dengan mak..Berjaya juga aku mengukir senyuman di wajahmu ketika aku mendapat anugerah di sekolah..Tuhan je yang tahu betapa gembiranya hatiku ketika itu kerana aku berjaya mengukir senyuman mak ku..

Peristiwa yang peling tidak ku lupa,ketika aku ditawarkan ke Darul Quran..walaupun terdapat konflik yang timbul sebelum aku memasuki Darul Quran,tetapi atas doa Mak,aku masuk juga..Aku tahu niat seorang Mak ke atas anaknya yang degil ini adalah untuk menjadikan aku seorang anak yang soleh dan boleh mendidik dan berdakwah kepada keluargaku..Saat aku diserahkan oleh keluarga kepada Pihak Jakim ketika hari pendaftaran Darul Quran,dapat aku lihat linangan air mata di matanya..Saat itu, aku berazam aku akan mendapatkan segulung diploma khas untuknya..Setelah 3 tahun berjuang,akhirnya aku berjaya juga menghabiskan pengajianku..

Sewaktu majlis konvokesyen di Darul Quran,sekali lagi aku melihat linangan air matanya..ya Allah,aku rasa bersyukur sangat sebab dapat menunaikan impiannya untuk melihat anaknya menjadi hafiz..

Entahla..seronok sangat bila dapat bersama-sama dengan mak..hatiku sering tersentuh setiap kali berbicara dengan mak..Antara statement mak yang sering terngiang-ngiang di telinga aku, “nazri,tempoh masa kita bersama makin sikit..mak semakin tua,”..Aduh,aku tak boleh nak membayangkan kalau aku berpisah dengan mak..mak selalu memberi nasihat kepada aku..Di saat aku ditimpa masalah,dialah yang menenangkan aku..di saat aku lemah,dialah yang memberi semangat kepada aku..

Ya Allah,kau panjangkanlah umur ibuku..sihatkanlah tubuhnya..berikanblah kefahaman ilmu kepadanya kerana aku tahu mak ku sekarang berlumba-lumba untuk mencari ilmu,mudahkanlah segala urusannya..

Buat mak, Selamat hari ulang tahun yang ke 43..maafkan segala dosa saya,doakanlah saya berjaya dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat saya..Salam sayang dari saya..miss you mak..:)



Thursday, July 2, 2009

Tahniah dan Takziah untuk mahasiswa baru UKM sesi 09/10..

Salam tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kemasukan baru UKM sesi 09/10,semoga anda semua sudah bersedia untuk berhadapan dengan suasana baru yang lebih mencabar dan penuh dengan mehnah dan tribulasi di kampus ini..

Apabila melihat kemasukan pelajar baru ke UKM kali ini,saya mula terbayang waktu ketika saya juga mula mendaftar ke UKM..perasaan yang amat bangga sekali jelas nampak di riak muka ayah dan emak ketika menghantar saya ke UKM..walaupun pada hakikatnya ketika itu,jiwa saya memberontak hendak mencari pekerjaan dan membuat PJJ sahaja..akan tetapi takdir Allah telah menentukan segala-galanya dan saya percaya,percaturan ibu bapa akan membawa kejayaan kepada diri kita kerana perjuangan yang diiringi dengan restu dan doa ibu bapa,insyaAllah akan mendapat kejayaan..Saya sahut cabaran mereka untuk saya meneruskan pengajian ini..

Apabila saya masuk ke pintu pagar UKM,seolah-olah saya dapat merasakan satu perasaan dan suasana yang sangat-sangat luar biasa..teringat sewaktu kecil dulu,tatkala melihat abang-abang dan akak-akak mahasiswa datang membuat program di sekolah,jelas hati saya ketika itu melonjak-lonjak hendak menjejakkan kaki ke universiti..
Akhirnya cita-cita saya pun tercapai..Ketika itu,saya sendiri yang memandu kereta ke UKM untuk mendaftar..rasanya saya adalah pelajar yang terakhir mendaftar di kolej ibu zain..Hati ini ketika itu begitu bersemangat..yela,akhirnya saya sudah pun bergelar mahasiswa..persepsi saya ketika itu menggambarkan bahawa mahasiswa adalah satu golongan pelajar yang mempunyai intelektual yang tinggi,minda yang matang,mampu memberikan idea-idea yang bernas dan menjalankan aktiviti yang mencambah minda dan pemikiran..

Setelah mendaftar,saya pun mengemas sedikit barang dan bersedia untuk menyertai Minggu Mesra Pelajar..Apa yang berlaku sepanjang minggu tersebut benar-benar memeranjatkan saya kerana ia amat bercanggah dengan persepsi awal saya tentang kehidupan di universiti..semangat asabiyah kolej yang melampau,mahasiswa yang bertepuk-tepuk dan bersorak-sorak seperti M**y**t.hiburan yang terlalu melampau..kesian saya melihat sahabat-sahabat dan muslimah yang terpaksa mengikut rentak-rentak yang telah diaturkan oleh pc(pemudah cara)yang pada pandangan saya tidak sesuai untuk dilakukan kepada mahasiswa baru..kutuk mengutuk,dan bermacam-macam lagi yang pada pandangan saya jelas membunuh persepsi awal saya terhadap title `mahasiswa` dan seolah-olah ianya menghina title `mahasiswa itu sendiri..

Saya ingat lagi ketika itu,saya mengharapkan agar generasi selepas saya ini tidak akan melalui dan merasai apa yang telah saya hadapi di dalam minggu mesra pelajar ini akan tetapi malangnya saya melihat seperti tidak ada pembaharuan yang dilakukan di dalam minggu mesra pelajar untuk kali ini..slogan-slogan `TRANSFORMASI`,`1UKM,1KELUARGA` yang telah diwar-warkan oleh pihak tertentu nampaknya hanya slogan retorik semata-mata..

kita biasa pernah mendengar pepatah `berbahagialah manusia jika hari ini lebih baik dari semalam dan celakalah mereka yang hari mereka sama malah lebih teruk dari semalam..begitulah juga kepada program MMP ini..sekiranya ia dilihat lebih baik dari program sebelum ini,maka berjayalah program tersebut akan tetapi jika ia ini sama malah lebih teruk dari semalam,maka c*l*k* lah program tersebut..

buat adik-adik mahasiswa baru,cuba anda bandingkan apa yang telah anda lalui dengan apa yang telah kami lalui pada masa lalu dan analisis lah dengan bijak..saya hanya wujudkan persoalan dan andalah yang mempunyai jawapan yang tersendiri..

Untuk yang terakhir, Saya mendoakan adik-adik supaya berjaya dan ikhlas di dalam meneruskan pengajian di UKM ini dan mudah-mudahan Allah menerima segala usaha yang telah kita lakukan di dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini..InsyaAllah..

Saturday, June 13, 2009

Hati...oh..hati..

“ish,penatla..boleh suruh orang lain tak?”, “aku rasa aku dh banyak buat kerja ni,dia tu baru buat sikit tapi dah penat..”, “aku dah agak dah,mesti dia ni pemalas,tengok muka pun dah tahu..” “ish,asyik2 aku je,takde orang lain ke yang boleh buat??

Agak-agaknya, ada tak di antara dialog di atas pernah terkeluar daripada bibir kita??mungkin adakalanya perkataan seperti ini terdetik di hati kita apabila kita melakukan sesuatu perkara..

Sebenarnya, susah untuk kita menilai tahap keikhlasan kita ketika melakukan sesuatu perkara dan tugasan yang diamanahkan walhal kita telah sedari bahawa kerja yang disertai dengan niat yang ikhlas lillahi taala akan diterima oleh Allah s.w.t akan tetapi agak payah untuk kita melakukan pekerjaan tersebut kerana Allah..

Masalah hati..apa itu masalah hati??masalah hati adalah satu perkara yang boleh dilihat sebagai sejenis virus yang boleh merosakkan manusia, Cuma tidak dapat dispesifikkan lagi..ia secara tak langsung membunuh sedikit demi sedikit `dalaman` manusia itu jika ia tidak di banteras dengan sebaiknya..kadangkala kerana penyakit hati ini, persahabatan boleh musnah, gerak kerja Islam terbantut dan sebagainya..hanya kerana perkara-perkara kecil, musnah segala-galanya..

Kenapa wujud masalah hati??mungkin kerana sifat dengki, iri hati yang wujud dalam diri,maka apabila melihat seseorang itu lebih sikit daripadanya, maka golongan seperti ini mula lah tak senang duduk..kerja yang dilakukan dah menjadi tidak ikhlas..mana perginya ilmu2 agama yang dipelajari sebelum ini??mungkin kadang2, saya sendiri terfikir, kenapa perkara sebegini boleh berlaku lebih2 lagi ianya banyak berjangkit kepada pelajar pengajian Islam??kenapa ye??rasanya sahabat boleh berfikir sendiri..

Sahabat2, saya pernah mendengar tentang satu perumpaman yang didatangkan oleh seorang ulama Indonesia yang berbunyi : “Iman itu ibarat makanan, hati ibarat pinggan, secara logiknya, kita sebagai manusia pastinya ingin meletakkan makanan ke dalam pinggan kita yang bersih, sudah semestinya kita akan memastikan makanan tersebut bersih dan mendatangkan manfaat kepada kita..betul tak??begitulah juga dengan hati kita..sudah pasti kita mengidamkan keindahan iman di hati kita akan tetapi sekiranya hati kita kotor dan rosak, apakah mungkin iman akan mudah masuk ke dalam hati kita???

Bayangkan sahabat2, kerana kepentingan duniawi yang sementara, maka segala amalan kita yang telah dilakukan sebelum ini hancur lebur dek kerana masalah hati seperti dengki, riyak dan sebagainya..apakah kita ingin tergolong dengan golongan seperti ini???Na`uzubillah..mudah2an Allah menjauhkan kita daripada masalah hati dan memberikan kita ketenangan di dalam mengembangkan syiar Islam ini..
Dengan rendah diri ,saya berpesan kepada diri saya dan sahabat2,marilah bersama2 perbaiki hati dan ikhlaskan niat di dalam sesuatu perkara..Mudah2an gerak kerja Islam yang kita laksanakan diterima oleh Allah s.w.t..Amiin..

Wednesday, June 10, 2009

Permasalahan nilai : punca dan cara untuk mengatasinya..

Salam,maafkan saya sekiranya sudah lama tidak mengupdate blog..mungkin saya terlalu sibuk sehingga terlupa nak mengupdate blog..erm,macam2 perkara rasanya hendak dikongsikan bersama-sama sahabat yang lain..akhir2 ni,kita lihat pelbagai perkara yang berlaku di sekitar kita khususnya perkara2 yang menjadi isu utama di dada akhbar,media massa contohnya kes ragut,bunuh dan baru2 ni kita lihat kes dera amah..pada pendapat saya, semua perkara ni berlaku apabila manusia itu sendiri sudah hilang harga diri..apabila manusia sesama manusia tidak mempunyai perasaan hormat sesama manusia,maka perkara sebegini akan menjadi satu perkara yang akan menjadi satu kebiasaan kepada manusia..ah,kenapa berlaku sebegini??nilai kemanusiaan sedikit demi sedikit dan tidak mustahil pada masa akan datang, sekiranya tidak diterapkan nilai moral dan keagamaan kepada generasi masa kini maka akan pupuslah generasi yang baik dan berkualiti..

Pada pendapat saya,tugas untuk memberikan kefahaman kepada generasi pada masa akan datang adalah tugas semua pihak..contohnya, seorang guru juga boleh menjadi agen perubahan untuk memastikan setiap anak murid mereka memahami agama dengan sepenuhnya..guru juga seharusnya memiliki sikap ikhlas dalam diri dalam mendidik pelajar..Apabila ilmu yang dicurahkan kepada anak murid diiringi dengan sifat keikhlasan,maka insyaAllah ilmu yang diterima akan berkat dan diamalkan oleh anak murid tersebut..tetapi malangnya,jika kita melihat pada suasana pelajar universiti sekarang, persoalan yang timbul ialah di mana keizzahan seorang yang bakal bergelar guru??mahasiswa kini banyak terpengaruh dengan hiburan,kurangnya penghayatan di dalam pelajaran, tidak peka dengan suasana semasa,bersikap ala kadar dalam pengajian…bilakah akan berakhir masalah ini???

Justeru,saya akan cuba memberikan beberapa pandangan tentang beberapa cara untuk membetulkan keadaan seperti ini..antaranya ialah pihak kerajaan seharusnya menjadikan subjek pengajian Islam sebagai subjek teras di dalam pembelajaran..memandangkan kerajaan di lihat komited untuk membendung masalah akhlak pelajar masa kini, jadi pihak kerajaan seharusnya menyemak semula subjek pendidikan Islam di dalam silibus dan perlu melakukan satu bentuk transformasi di dalam kaedah pembelajaran..mungkin sebelum2 ini,kerajan terlepas pandang terhadap nilai yang terdapat di dalam matapelajaran pengajian islam,jadi mungkin pihak kerajaan sudah boleh mula untuk mengkaji tentang matapelajaran pendidikan Islam ini..Subjek pendidikan Islam juga perlu di olah dengan sebaik mungkin,mungkin perlu diletaklkan silibus tentang kejayaan Islam tentang masa lalu, faktor2 kejatuhan Islam pada masa lalu, dan pelbagai lagi topik2 yang boleh menarik minat pelajar islam khususnya pelajar2 melayu..konsep penghayatan di dalam pengajaran subjek Pendidikan Islam juga harus diterapkan kepada guru2 yang mengajar subjek tersebut supaya perpindahan ilmu daripada guru tersebut kepada pelajarnya akan menjadi berkat dan ilmu tersebut akan mudah diingat dan diamalkan oleh pelajar tersebut..Pihak2 yang lain juga perlu turut berusaha untuk merealisasikan perkara ini supaya kita bersama-sama dapat melihat generasi pada masa akan datang akan bertambah tinggi nilainya dan mempunyai sifat kemanusiaan di dalam diri masing2..InsyaAllah, perkara2 seperti meragut,membunuh,mendera manusia akan hilang dan marilah kita bersama2 berdoa supaya perkara ini akan menjadi kenyataan pada masa akan datang..Amin…
Monday, April 27, 2009

Taubat Nasuha @ Taubat Retorik : Di manakah kita??

Taubat,satu perbuatan yang amat mudah untuk dilafazkan tetapi sukar untuk di amalkan..Setiap hari,manusia sering melakukan dosa dan maksiat walhal kesemua perkara tersebut diketahui akan kebatilannya namun ia tetap juga dilakukan oleh manusia..Naluri manusia yang sukakan kepada perkara dunia dan keseronokan tidak dapat dinafikan malah Allah s.wt juga telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak,harta benda yang banyak dan bertimbun-timbun,dari emas dan perak,kuda peliharan yang bertanda lagi terlatih,binatang-binatang ternak dan tanaman-tanaman.SEMUANYA ITU HANYALAH KESENANGAN DUNIA,dan ingatlah disisi ALLAH adalah sebaik-baik tempat kembali(syurga).. al-Imran : 14

Allah s.wt telah menukilkan di dalam kalamNya yang jelas memberi panduan kepada manusia supaya berpada-pada dengan nikmat dunia kerana kesemuanya itu adalah nikmat sementara,bahkan di sisi Allah sahajalah sebaik-baik tempat sandaran..

Namun begitu,manusia ini sering lalai dan leka,bertepatan dengan kaliman manusia itu sendiri yang di ambil dari perkataan arab,Nasiya yang bermaksud lupa..Maksiat dan dosa dilakukan saban hari tanpa merasa salah kepada Tuhan Robbul Izzati..Gejala sosial meningkat saban hari,bercouple,dan bermacam-macam lagi bentuk maksiat dan dosa yang dilakukan dan perkara-perkara tersebut dilihat agak berkurangan apabila tibanya waktu peperiksaan..masing-masing mula insaf dan melakukan ibadah dengan rajin..solat 5 waktu di surau,solat hajat setiap hari,dan berbagai-bagai lagi bentuk kebaikan yang dilakukan..

Penulis tidak mengatakan bahawa perkara-perkara tersebut adalah salah tetapi perkara ini hanya dapat dilihat berlaku apabila tibanya musim peperiksaan..Apakah kita melakukan perkara-perkara ini hanya retorik dan semata-mata untuk mengampu Allah untuk meluluskan peperiksaan kita atau kita benar-benar ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya kepada Allah??

Oleh itu,marilah kita bersama-sama membetulkan niat terhadap amalan-amalan yang kita telah dilakukan,apakah Allah menerima segala amalan kita..Apakah kejayaan kita sebelum ini adalah anugerah dari Allah ataupun Istidraj yang diberikan oleh Allah??Kita menyangkakan bahawa selama ini Allah s.w.t telah memberikan banyak rahmat dan nikmat kepada kita akan tetapi rupa-rupanya itu adalah hanya Istidraj yang Allah berikan..Na`uzubillah,semoga kita dijauhkan daripada perkara tersebut.

Justeru,penulis berpesan kepada diri sendiri dan kepada sahabat-sahabat sekalian agar kita bersama-sama bertaubat dengan taubat nasuha iaitu dengan menyesali segala perbuatan-perbuatan mungkar yang telah dilakukan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hambaNya selama rohnya tidak sampai kepada kerongkong(hampir kepada maut)" Riwayat Turmuzi.Allah s.w.t Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Berkesempatan dengan musim peperiksaan ini,marilah kita bersama-sama berusaha menjadi hamba yang soleh dan ikhlas di dalam melaksanakan ibadah..Semoga usaha kita yang sedikit ini menjadi satu nilaian yang terbaik di sisi Allah s.w.t..Salam Imtihan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Wednesday, April 15, 2009

Study..study..

10.40am,
16.04.2009,
atas meja study,
Kolej Ibu Zain..


"penatnya study.." "cukuplah ni,jap lg smbung balik,nak layan FIFA jap".."mak ai,banyaknya tak baca lagi.."

Inilah di antara kalimah-kalimah yang sering disebut-sebut setiap kali menjelang peperiksaan..berbagai-bagai mehnah dan tribulasi yang berlaku(huhu) setiap kali hendak berjuang di saat last-last minit ni..ada sahaja perkara yang akan berlaku..

sedar tak sedar,rupanya dah hampir 23 tahun dah penulis mengharungi peperiksaan..bermula dengan peperiksaan sewaktu bayi dulu(belajar merangkak,berjalan) sehingga la sekarang, apabila menyambung perjuangan di UKM yang dicintai ini..berbagai-bagai bentuk soalan yang telah dilalui..ada yang gembira,ada yang duka,erm..kenangan oh kenangan..

tak lupa juga macam mana cara nak mudah menghafal point2..haha..mcm2 teknik..paling xleh lupa sekali masa sekolah rendah dulu..macam2 teknik yang dipelajari..Mat Jenin Ke Hutan Bawa Ikan U(formula susunan warna pelangi) haha...macam2 lagila..teringat dulu masa di sekolah rendah,penulis paling tidak suka meniru di dalam peperiksaan(hehe)..kadang-kadang bila ada kawan minta jawapan,semuanya penulis bagi jawapan salah, sampaikan adalah seorang kawan tu pelik dengan jawapan yang penulis bagi..haha..padan muka..siapa suruh nak meniru..tak elok..maaf la kalau individu tersebut ada terbaca artikel ini..huhu

setelah berpenat lelah `study`,akhirnya keputusan peperiksaan yang menjadi penantian..huhu..Allah itu Maha Adil..semenjak sekolah lagi,penulis sentiasa memperolehi keputusan yang boleh dikira `nasib baik`..huhu..nak tau nasib baik apa??huhu

Masa UPSR dulu, penulis dapat 3A 2C,bila balik rumah,mak tanya,"Nazri,dapat berapa?" penulis pun cakap dengan penuh yakin.."dapat 3A tapi lagi dua tu tak ingat..(padahal malu nak cakap dapat C)haha..masa berganti masa,tibalah peperiksaan PMR..exam punya exam,keluarlah result..nak tau dapat berapa..jeng..jeng..jeng..2A 7B..bila mak tengok keputusan penulis,mak pun cakap "Nazri,tu la ko..kalau kau belajar lebih sikit,yang B tu boleh jadi A"..pesanan mak dibuat endah tak endah..mana boleh nak study betul2 ek?yela,waktu muda2 macam tu,takkanlah nak study je..masa tula jiwa remaja kita bergolak,hiburan,awek(huhu,sekadar tambahan),macam2 lagila..yela..rasa macam dah dewasala katakan..huhu

Tibalah detik SPM yang dinanti,kawan2 sibuk study,tapi penulis masih lagi terlalai dengan alat komunikasi yang mana ketika itu,ianya memang amat2 berharga..HANDPHONE..haha..teringat masa kat SAMT KKB,siapa yang ada Nokia 3310,memang kayala..siap boleh upgrade kt Kota Raya..haha..penulis pun tak ketinggalan mendapatkannya..masa exam SPM pula,kawan2 sibuk study,penulis sibuk jugak tapi sibuk ke cyber cafe..masa tu tengah hangat counter strike..study pun last minute,pukul 10 exam,pukul 7 baru nak baca..nak tau x bape result SPM??:D

kalau tidak silap,masa bulan 3 tahun 2005,keluarlah result..jeng..jeng..jeng..satu kampung telefon.."Nazri dapat berapa??".."Anak kau dapat berapa??" soalan yang diajukan kepada mak..Mak pun telefon masa penulis berada di sekolah.."Nazri,dapat berapa??"..penulis pun cakap.."tunggu kat rumah"..Sampai je kat rumah,penulis terus menyerahkan slip exam kepada mak..:d 2A,6B,1C..Alhamdulillah,mak pun senyum..matematik yang tak pernah dapat A,C pun nasib baik masa ting 4 dengan 5..dengan keputusan SPM ini,penulis telah ditawarkan ke UIA..akan tetapi atas kehendak mak ayah,penulis pun pergilah ke Darul Quran,Kuala Kubu Bharu..

Ya Allah,betul ke aku sekarang berada di Darul Quran??boleh ke aku menghafaz Quran??mampukah aku??persoalan yang bermain2 di kepala penulis sewaktu menjejakkan kaki ke Darul Quran..masa demi masa dilalui,waktu demi waktu dilepasi,pelbagai dugaan direntangi,ya Allah,sukarnya ketika itu,bagaimana hendak menyimpan kalam-kalam Allah di dalam hati,pelbagai masalah dilalui,kadangkala menangis tatkala ayat yang wajib di hafaz untuk di tasmik tidak dapat di ingati,hanya Allah je yang tahu perasaan masa tu,masa tu terfikir,"aku ni layak ke nak hafaz Quran??"..erm..

Tanggal 17 Disember 2007,hari bersejarah di dalam hidup penulis..akan kenang tarikh ini sampai bila2..hari di mana penulis berjaya menamatkan hafalan di Darul Quran..ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk menjaga Kalam-MU..tanggal 28 Februari 2008,peperiksaan diploma yang wajib di lalui penulis untuk melayakkan penulis menerima skrol diploma `DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL DAKWAH`..alhamdulillah,pada 23 Julai 2008,hari yang amat bermakna apabila Pesta Konvokesyen DQ diadakan untuk meraikan pelajar DQ sesi 2005-2008..Satu kampung turun,nak tengok anak dan cucu kebanggaan diorang..hehe(untuk makluman,penulis merupakan anak pertama dan cucu pertama dalam salasilah keluarga mendapat diploma dan menjejakkan kaki ke universiti)hehe..

Tanggal 23 Jun 2008,bermulalah satu lagi lembaran perjalanan penulis tatkala penulis ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda(Ijazah Pengajian Arab dan Tamadun Islam takhasus Bahasa)..perasaan mak ayah tersangat bangga bila melihat aku mendapat universiti kebangsaan malaysia,sedangkan ketika itu,aku sudah ditawarkan untuk temuduga jawatan pembantu hal ehwal Islam di Maiwp..tapi tidak mengapalah,apabila mak ayah meredhai perjalanan kita,insyaAllah,itulah perjalanan hidup akan bahagia..

Kini,penulis sedang meneruskan perjuangan di bumi UKM..semoga Allah s.w.t menerima niat dan amalan penulis sepanjang penulis berada disini..Mak Ayah,maafkan diriku ini yang kadangkala mengguris hatimu..bukan sengaja dilakukan tetapi ini semua adalah tarbiyah untuk diriku..sampai satu masa nanti,kita akan tetap berpisah..tak dapat nak digambarkan apakah suasana yang akan dilalui oleh diriku pada waktu itu..erm..YA Allah,panjangkanlah umur ibu bapa ku,tempatkanlah mereka di dalam golongan orang yang beriman..AMIN..

(artikel ini ditulis ketika `rest` kejap dari study..oklah,nak sambung study balik..tiba-tiba je rasa nak share pengalaman hidup..hehe..okla,Salam..:)


penulis sewaktu berumur 2 tahun..comel tak?


ketika menerima skrol diploma..:)


kenangan kelas tasmik DQ dulu..hehe

Oh Exam...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam perjuangan kepada sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan semester beberapa hari lagi..segala peralatan sudah dipersediakan,ilmu di dada sedang dimantapkan..hubungan dengan Tuhan WAJIB dipertingkatkan,keberkatan dari ibu bapa dan pensyarah wajarnya di harapkan..Salam imtihan kepada rakan..Semoga Allah menerima doa kita..insyaAllah..:)
Monday, March 30, 2009

journey to Singapore Siri 2...:)

sebelum bermulanya program berbasikal,kami telah diberikan taklimat tentang sexual transmitted infection(STI)..mmg hebat..penerangan dripada penceramah pun mmg powerful..satu penerangan yang ringkas,padat dan berkualiti yang akhirnya membuatkan kami sebagai peserta mendapat konklusi bahawa hubungan seks sebelum kahwin mendatangkan mudarat kepada pengamalnya..
pengalaman yang menarik semasa program itu ialah ketika menyiapkan latihan yang diberikan oleh penceramah..penceramah menyediakan latihan-latihan di dalam bahasa inggeris dan cara menyelesaikannya ialah dengan bertanyakan kepada peserta-peserta yang lain..seperti yang kita ketahui,mereka di sana berbahasa inggeris..so,terkapai-kapai juga penulis hendak menjawab soalan yang di tanya oleh orang lain..so,selepas ini,kita kena tingkatkan pemahaman kita dalam bahasa inggeris supaya kita dapat melebarkan dakwah kita ke serata dunia..:)
Jam menunjukkan pukul 11.00 malam,pihak urusetia memberikan sedikit informasi tentang perjalanan pada malam itu, soal keselamatan dan sebagainya..kemudian kami dikumpulkan di hadapan masjid as-syafaah..penulis diletakkan di kumpulan yang pertama..best sangat..jam 11.30 malam,kami dilepaskan oleh pihak urusetia dan pengayuhan pun bermula..:)
suasana malam di singapura memang indah..bangunan-bangunan yang tersusun indah,bersih,membuatkan penulis kagum dengan keindahan prasarananya..kami berhenti di checkpoint pertama.geram penulis..kawan-kawan dari singapura kesemuanya masuk ke kedai yang berdekatan untuk membeli minuman pemuas dahaga..penulis hanya menelan air liur sahaja..walaupun penulis memiliki seribu ringgit cash pun, tetapi wang tersebut tidak ada nilai di sana..begitu juga di checkpoint kedua..telan air liur je la..hehe..
Kayuh punya kayuh,akhirnya sampailah ke tempat yang dituju iaitu di pantai east cost,Singapore kira-kira jam 3.30 pagi..walaupun waktu pagi,tetapi masyarakat Singapura masih lagi beraktiviti di sana..ada yang berbasikal,bersembang-sembang,berkelah bersama keluarga dan sebagainya..Letih sangat..sedar tak sedar,kaki penulis sudah mengayuh sejauh 33 kilometer..fuh,jauh macam penulis berbasikal dari UKM ke rumah di Kuala Lumpur..
Kemudian,kami pun berehat seketika sementara menunggu solat subuh..selepas menunaikan solat subuh,kami diberi sedikit pengisian oleh ustaz jemputan seterusnya slot terakhir daripada pihak urusetia iaitu slot motivasi iaitu kesinambungan daripada slot pada malam hari sebelumnya..
Kira-kira jam 9.30 pagi,kami pun kembali ke masjid al-Huda untuk membersihkan diri dan bersiap-siap sedia untuk pulang ke Malaysia..sebelum pulang, kami sempat menziarahi masjid Bal`Alwi iaitu masjid yang diasaskan oleh keturunan Rasulullah di Singapura.dikatakan bahawa masjid ini mempunyai karamah yang tersendiri..penulis bersama sahabat-sahabat yang lain sempat menunaikan solat dhuha di sana..
Jam 12 tengah hari,penulis sudah berada di Imigresen Singapura..kami pun bertolak pulang ke Malaysia..Kenangan yang dimiliki ketika di Singapura banyak memberikan pelajaran kepada penulis..Semoga Allah memberi peluang kepada penulis untuk mengembara ke serata dunia...insyaAllah..:)



ketika mendengar ceramah STI..


bersiap sedia untuk mengayuh basikal..hehe


Wisel ditiup tanda bermulanya pengayuhan..


sedang berehat di check point kedua..


walaupun penat mengayuh,`posing` tetap perlu ada..hehe


sesi pengambaran bersama peserta lelaki


sesi penggambaran pelajar perempuan..


delegasi Malaysia bersama pihak urusetia..


papan tanda masjid Bal`Alwi


sebahagian daripada perpustakaan mini masjid


ruang dalam masjid
Monday, March 23, 2009

journey to Singapore Siri 1...:)

Kali ini,penulis akan berkongsi pengalaman yang di alami oleh penulis ketika menziarahi Singapore pada 20-21 Mac yang lepas..pada pandangan penulis,ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat penulis kerana julung-julung kalinya pergi ke oversea..:) (sebelah tambak je pun)..debaran mula terasa apabila mula memasuki pejabat imigresen Malaysia seterusnya dengan perasaan yang agak-agak takut ketika memasuki imigresen Singapura..Setelah passport disemak, pegawai Imigresen Singapura bertanya kepada delegasi kami tentang tujuan kami memasuki Singapura, kami menjawab bahawa kami dijemput menyertai program anjuran masjid-masjid di Singapura..pegawai tersebut tersenyum dan membenarkan kami melepasi sempadan MAlaysia-Singapore..

Wah..Alhamdulillah,buat julung kalinya penulis menjejaki tanah di luar negara..cewah..sama seperti persepsi penulis sebelum memasuki Singapura..Negara tersebut memang bersih,cantik,tersusun rapi..suasana yang aman damai,walaupun ditadbir oleh non Muslim tetapi keadaan persekitaran di sana memang menarik..

Kami tiba di Masjid Al-Huda jkira-kira jam 7.00 malam dan disambut oleh Pengerusi Masjid yang sangat peramah dan sporting iaitu Haji Azman..MasyaAllah,layanannya terhadap kami tidak dapat digambarkan..Ketika berada di Masjid Al-Huda, satu demi satu persepsi penulis terhadap Muslim di Singapura terhakis..Penulis seakan-akan tidak percaya tentang pengurusan masjid di sana..bayangkan sahabat-sahabat,mereka melaksanakan lebih kurang `30 dan ke atas` program masjid..tidak seperti di Malaysia,kita hanya berprogram apabila tiba hari-hari bersejarah Islam tetapi di sana, pelbagai aktiviti yang di jalankan..

Program2 yang dilaksanakan di sana juga melibatkan non Muslim dan kami juga diberitahu, mengikut kajian, setiap 80 jam terdapat seorang non Muslim memeluk Islam..MasyaAllah,hebat sangat..banyak perkara yang dipelajari oleh penulis ketika berada di sana..penulis akan berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang pengalaman penulis di sana agar kita bersama-sama dapat memajukan orang Islam khususnya di Malaysia..


Masjid al-Huda,Singapura


Kenderaan yang kami gunakan ketika di sana..:)


Penulis dan rakan-rakan bersama-sama Haji Azman dan Ajk Program di Masjid al-Syafaah
Tuesday, March 10, 2009

Perjuangan Rasulullah yang dirindui..

Perayaan sambutan maulidur rasul rancak dilaksanakan di sana-sini..Forum,ceramah, diskusi adalah perkara yang acapkali dilaksanakan apabila tibanya tarikh 12 rabiul awal..persoalannya di sini, apakah kita benar-benar menghayati setiap kisah-kisah perjuangan Rasulullah itu sendiri??jika di tanya tentang rentetan kisah kehidupan Rasulullah, penulis yakin dan percaya bahawa sahabat-sahabat dapat menceritakannya bermula dari peristiwa yang berlaku sewaktu kelahiran Rasulullah hinggalah saat kewafatan baginda akan tetapi pernahkah kita berfikir walau sejenak akan hikmah-hikmah di sebalik kisah-kisah baginda??
Pernahkah kita cuba menyelami hikmah-hikmah di sebalik peristiwa penting baginda??apakah keunikan perjanjian hudaibiyah misalnya??apakah keistimewaan piagam madinah misalnya??begitu banyak petunjuk yang baginda zahirkan untuk di amalkan dan dilaksanakan oleh umatnya akan tetapi apakah kita ini, yang mengaku sebagai umatnya, yang mengharap syafaat baginda di akhirat nanti, melaksanakan segala sunnahnya??apakah dengan tindakan kita sekarang ini melayakkkan kita untuk tergolong di kalangan golongan tersebut??
melihat kepada situasi zaman sekarang, apakah kita ini, generasi akhir zaman ini, layak digelar umat muhammad??dengan tindakan dan kelakuan kita yang banyak terpesong dengan ajaran baginda..Malah, kita sendiri kadangkala memusnahkan dan mencacatkan ajaran baginda itu sendiri..alahai..malunya kita hendak berhadapan dengan baginda di akhirat nanti..layakkah kita memohon syafaat dripadanya???

masya Allah, ya Allah,bantulah kami di dalam usaha kami menegakkan agama-Mu, kami akur dan pasrah dengan segala ketentuan-Mu,kami sedar bahawasanya tidak ada daya upaya kami ke atas sesuatu bahkan Engkaulah segala-galanya..Tempatkanlah kami bersama-sama hamba kesayangan-Mu ya Allah..Amin

Salam Maulidurrasul 1430H
Tuesday, March 3, 2009

Mahasiswa dan masyarakat

Mahasiswa secara ringkasnya adalah merupakan satu generasi yang berilmu, intelektual, bijak menyelesaikan masalah, selalu terkehadapan di dalam sesuatu isu dan sebagainya. Masyarakat pula merupakan satu kelompok manusia yang terdiri daripada pelbagai usia, pelbagai gaya pemikiran, pelbagai karenah dan sebagainya. Apakah fungsi mahasiswa kepada masyarakat?Apakah tugas dan tanggungjawab mahasiswa terhadapnya?

Jika dilihat kepada situasi sekarang, mahasiswa dilhat banyak menonjol di dalam perkara-perkara dan isu-isu semasa. Namun begitu, terdapat satu lagi tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh mahasiswa iaitu bertugas untuk masyarakat. Tidak dinafikan bahawa mahasiswa pada masa kini bijak didalam mentafsir keadaan politik semasa, bijak memberi idea dan buah fikiran, dan komited di dalam mengiringi arus politik semasa akan tetapi perlu di ingat bahawa kita mempunyai satu kewajipan yang harus dilaksanakan iaitu memberikan bakti kepada masyarakat secara berterusan.

Jika kita melihat kepada suasana keadaan masyarakat sekarang, pelbagai gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja,masalah komunikasi antara sesama masyarakat dan sebagainya. Maka,menjadi kewajipan kepada mahasiswa untuk membetulkan situasi ini. Dengan ilmu yang kita miliki, curahkanlah sepenuhnya kepada masyarakat khususnya golongan remaja. Mereka amat memerlukan kita untuk menunjukkan jalan kepada mereka. Kita boleh diumpamakan sebagai lampu suluh kepada mereka. Seandainya lampus suluh itu malap dan tidak menyala,apakah ia mampu untuk menunjukkan jalan kepada mereka??

Baru-baru ini, penulis telah menyertai progrem khidmat masyarakat bersama Kesatuan Pelajar Islam Johor(KPIJ) di Kg Bagan laut, Rengit,BAtu PAhat,johor.Satu pngalaman yang benar-benar memberi kesan kepada diri penulis. Walaupun program hanya setengah hari tetapi ia amat berkualiti di sisi penulis. Semangat adik2 yang komited untuk membersihkan masjid, semangat `orang-orang lama` juga amatlah dihargai. kemudian, ketika majlis penutup program tersebut, wakil daripada `orang lama` kampung tersebut memberikan kata-kata ucapan yang mana di sisi penulis, ia merupakan luahan masyarakat kampung tentang mahasiswa. Beliau menyebutkan bahawa mereka di masyarakat kampung sana amat mengharapkan mahasiswa untuk turun bersama mereka, mengajar mereka, membimbing mereka sekiranya mereka salah, dan sebagainya. Beliau juga turut melahirkan rasa kecewa terhadap mahasiswa dimana beliau menyebut bahawa terdapat segelintir mahasiswa yang hanya lantang di kampus memperjuangkan isu2 akan tetapi malap setelah habis belajar di universiti. Beliau juga berpesan kepada kami supaya istiqamah di dalam berbakti kepada masyarkat dan ikhlas dalam melaksanakannya.

Oleh itu, wahai sahabat2, kita telah dicabar oleh masyarakat. Apakah tindakan kita seterusnya??Kita ada akal untuk berfikir, kita ada akal untuk menilai, fikir2kanlah!!


Bersama-sama adik2 yang bersemangat..:)


bersama ajk pelaksana,ajk masjid, dan adik2 yang tersayang..:)


usrah bersama-sama adik2 selepas gotong royong..:)


penulis bersama-sama `orang kuat KPIJ` Khairullah..:)
Friday, February 27, 2009

Surat terbuka untuk PEGAWAI KESELAMATAN UKM

Assalamualaikum,
Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana selama ini menjaga saya, melindungi saya, tidak tidur pada waktu malam hanya semata-mata untuk menjaga keselamatan saya dan rakan-rakan..Nilai pada nama PEGAWAI KESELAMATAN itu amat tinggi maksudnya jika dikaji sedalam-dalamnya..Oleh itu, saya amat berterima kasih atas segala jasa-jasa yang dikorbankan untuk menjaga dan melindungi saya..

TUan,
apa yang saya dan rakan-rakan lakukan di masjid,bukanlah untuk bermegah-megah,bukanlah untuk menunjuk-nunjuk,tetapi kami hendak meluahkan isi hati kami, kebencian kami kepada perkra-perkara maksiat..tentu tuan pernah mendengar sebuah qaul yang shahih, iaitu BARANGSIAPA YANG MELIHAT KEMUNGKARAN,TEGURLAH DENGAN TANGAN(KUASA0,SEKIRANYA TIDAK MAMPU,TEGURLAH DENGAN LISAN,DAN JIKA TIDAK MAMPU JUGA,MAKA TEGURLAH DENGAN HATI.ITULAH SELEMAH-LEMAH IMAN.

Tuan,
Kami tiada kuasa untuk menghalang perkara mungkar tersebut,kerana kuasa itu di pihak HEP, kami tiada kuasa untuk menegur dengan lisan kerana kami bukanlah pengetua kolej dan jaksa2, tetapi kami hanyalah mahasiswa biasa, yang mempunyai hati, mempunyai akal untuk berfikir dengan waras, dengan keterbatasan ruang yang ada di UkM ini untuk kami menyuarakan isihati kami, maka tindakan inilah satu-satunya tindakan yang mapu kami lakukan untuk menegur perbuatan mungkar tersebut.

Tuan,
kami berpiket adalah untuk menZAHIRKAN KEBENCIAN kami terhadap perbuatan tersebut. Oleh itu, sokonglah kami di dalam usaha kami untuk membentuk sebuah generasi mahasiswa yang matang,profesional, bijak dalam merancang sesuatu tindakan dan sebagainya. Kami amat mengalu-alukan tindakan dan sokongan dari pihak tuan di dalam usaha kami untuk merealisasikan hasrat kami, hasrat mahasiswa UKM. Mohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, cuma sedikit peringatan dan nasihat yang ingin dikongsi di sini untuk perhatian saya sendiri khususnya, juga kepada tuan dan sahabat-sahabat yang lain. Janganlah kita berkompromi dengan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan kepada umat Islam itu sendiri. Tidak ada istilah `menjaga hati` kerana ini adalah hukum dari Allah, bukan manusia yang merangkanya. Jika ketika melihat maksiat di depan mata, cubalah sedaya upaya kita untuk menegur kerana di akhirat kita akan ditanya akan apa tindakan kita. dan boleh jadi mereka akan mendakwa kita di akhirat kerana kita tidak berusaha untuk menegurnya sewaktu di dunia..

TUan,
atas dasar itulah kami berpiket, berdemontrasi kerana kami yakin itulah bukti yang kami akan bawa untuk menghadap Allah s.w.t sebagai gerak kerja kami di dunia yang smentara ini di dalam meneruskan syiar Islam di Malaysia khususnya di UKM sendiri..Semoga Allah menerima amalan kami dan memberikan sifat keikhlasan di dalam hati kami.Salam ikhlas, salam perpaduan dari saya untuk semua staff pegawai keselamatan UKM..

Assalamualaikum..(dari insan yang hina dan dhaif, yang memerlukan tunjuk ajar dan nasihat di dalam meneruskan kehidupan ini)

Updates Via E-Mail

Video