Friday, February 27, 2009

Surat terbuka untuk PEGAWAI KESELAMATAN UKM

Assalamualaikum,
Pertamanya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan kerana selama ini menjaga saya, melindungi saya, tidak tidur pada waktu malam hanya semata-mata untuk menjaga keselamatan saya dan rakan-rakan..Nilai pada nama PEGAWAI KESELAMATAN itu amat tinggi maksudnya jika dikaji sedalam-dalamnya..Oleh itu, saya amat berterima kasih atas segala jasa-jasa yang dikorbankan untuk menjaga dan melindungi saya..

TUan,
apa yang saya dan rakan-rakan lakukan di masjid,bukanlah untuk bermegah-megah,bukanlah untuk menunjuk-nunjuk,tetapi kami hendak meluahkan isi hati kami, kebencian kami kepada perkra-perkara maksiat..tentu tuan pernah mendengar sebuah qaul yang shahih, iaitu BARANGSIAPA YANG MELIHAT KEMUNGKARAN,TEGURLAH DENGAN TANGAN(KUASA0,SEKIRANYA TIDAK MAMPU,TEGURLAH DENGAN LISAN,DAN JIKA TIDAK MAMPU JUGA,MAKA TEGURLAH DENGAN HATI.ITULAH SELEMAH-LEMAH IMAN.

Tuan,
Kami tiada kuasa untuk menghalang perkara mungkar tersebut,kerana kuasa itu di pihak HEP, kami tiada kuasa untuk menegur dengan lisan kerana kami bukanlah pengetua kolej dan jaksa2, tetapi kami hanyalah mahasiswa biasa, yang mempunyai hati, mempunyai akal untuk berfikir dengan waras, dengan keterbatasan ruang yang ada di UkM ini untuk kami menyuarakan isihati kami, maka tindakan inilah satu-satunya tindakan yang mapu kami lakukan untuk menegur perbuatan mungkar tersebut.

Tuan,
kami berpiket adalah untuk menZAHIRKAN KEBENCIAN kami terhadap perbuatan tersebut. Oleh itu, sokonglah kami di dalam usaha kami untuk membentuk sebuah generasi mahasiswa yang matang,profesional, bijak dalam merancang sesuatu tindakan dan sebagainya. Kami amat mengalu-alukan tindakan dan sokongan dari pihak tuan di dalam usaha kami untuk merealisasikan hasrat kami, hasrat mahasiswa UKM. Mohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa, cuma sedikit peringatan dan nasihat yang ingin dikongsi di sini untuk perhatian saya sendiri khususnya, juga kepada tuan dan sahabat-sahabat yang lain. Janganlah kita berkompromi dengan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dan kemusnahan kepada umat Islam itu sendiri. Tidak ada istilah `menjaga hati` kerana ini adalah hukum dari Allah, bukan manusia yang merangkanya. Jika ketika melihat maksiat di depan mata, cubalah sedaya upaya kita untuk menegur kerana di akhirat kita akan ditanya akan apa tindakan kita. dan boleh jadi mereka akan mendakwa kita di akhirat kerana kita tidak berusaha untuk menegurnya sewaktu di dunia..

TUan,
atas dasar itulah kami berpiket, berdemontrasi kerana kami yakin itulah bukti yang kami akan bawa untuk menghadap Allah s.w.t sebagai gerak kerja kami di dunia yang smentara ini di dalam meneruskan syiar Islam di Malaysia khususnya di UKM sendiri..Semoga Allah menerima amalan kami dan memberikan sifat keikhlasan di dalam hati kami.Salam ikhlas, salam perpaduan dari saya untuk semua staff pegawai keselamatan UKM..

Assalamualaikum..(dari insan yang hina dan dhaif, yang memerlukan tunjuk ajar dan nasihat di dalam meneruskan kehidupan ini)

PENING..PENING..PENING

erm..pening sungguh kepala penulis..memikirkan tentang hukum alam yang semakin banyak tunggang terbalik..benda yang haram menjadi halal,perkara yang maaruf dan mengajak manusia ke arah kebaikan menjadi bebanan, perkara mungkar pula yang menjadi idaman dan ikutan..Cuba kita berfikir sejenak..kita bandingkan cara dan suasana kehidupan zaman 70an, 80an dengan zman sekarang..contohnya gejala sosial..kita tidak pernah mendengar pada sekitar tahun 70an dan 80an berlakunya masalah sosial..apabila melangkaui akhir abad ke 20 ataupun skitar 90an, masalah sosial tumbuh bak cendawan selepas hujan..

Mari kita berfikir sejenak,mengapa masyarakat pada zaman dahulu kurang didengari akan masalh sosial trsebut,kerana zaman atok nenek kita,mereka ini bekerja dan mendidik anak anak mereka (mak ayah kita la..) dengan sebenar2 didikan..mereka bekerja dengan ikhlas, nk mencari rezeki yang halal, tetapi cuba kita lihat sekrang,rasuah berleluasa,kerja yang di amanahkan tidak dilaksanakan dengan sempurna,faktor didikan agama yang semakin dijauhi,akhirnya melahirkan benih-benih keturunan yang tidak mengikut landasan agama..penulis mengambil contoh, seorang pegawai kerajaan contohnya, datang kerja lewat,songlap duit kerajaan,berkompromi dengan kerajaan tentang perkara2 maksiat,menegakkan kemungkaran,membenci perkara-perkara yang disuruh agama, dan akhirnya setelah sebulan bekerja, dapatlah gaji..kemudian dikongsi dengan anak isteri..cuba sahabat2 fikirkan,apakah keberkatan akan dikecapi oleh pegawai tersebut??tentu sahabat2 tahu jawapannya..

Kemudian generasi anak kepada pegawai tersebut membesar dengan kehidupan yang dikelilingi dengan perkara2 haram,rezeki yang haram,maka perkara-perkara maaruf akan payah untuk bertapak di dalam hatinya..mereka akan susah untuk memahami agama..maka, pada akhirnya,akan lahirlah seorang manusia yang rosak akhlaknya,buruk budi pekertinya malah terdapat sebahagian mereka yang menentang agama..

Cuba lihat sahabat2,situasi ini hanya berlaku kepada seorang `pegawai kerajaan`, cuba bayangkan berapa banyak manusia pada masa sekarang ni mmpunyai perangai dan sikap seperti `pegawai kerajaan` tersebut??cuba kita bilang sekarang, berapa banyak generasi anak muda yang lahir, sama seperti anak `pegawai kerajaan` tersebut??Mungkin kerana itulah, penulis berpandangan, bahawa mungkin gejala sosial yang berlaku disebabkan oleh rezeki atau persekitaran yang mempengaruhi golongan remaja pada masa kini..Sebab itulah, para pendakwah berkemungkinan agak payah untuk memahamkan ajaran agama kepada generasi seperti ini kerana hati mereka telah dijangkita `barah` dan susah untuk dipulihkan..

Konklusinya disini, di dalam usaha kita untuk membentuk sebuah generasi yang soleh dan solehah, tindakan ibu bapa adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan..ibu bapa seharusnya bertanggungjawab memberikan rezeki yang halal kepada anak2 mereka, maka dengan didikan sedemikian, barulah anak tersebut akan membesar dengan mudah menerima ajaran agama, mudah menerima ilmu, dan sebagainya..Cuba kita fikirkan,jika generasi seperti ini dapat dilahirkan dan dibentuk, maka tidak mustahil kita akan dapat membina sebuah masyrakat yang mantap,berilmu, dan matang dalam berfikir..INsyaAllah, satu hari nanti, Islam akan menang, cuma bila, kita tidak pasti lagi..Ya Allah,ampunkanlah dosa2 kami yang telah kami lakukan, berikanlah kefahaman agama kepada kami supaya kami dapat amalkan, berikanlah kekuatan kepada kami,untuk melawan musuh2Mu, samada dari dalam diri kami berupa nafsu, dan musuh kami yang nyata,Syaitan..Amin.
Thursday, February 26, 2009

Aduhai muslimin..bangkitlah kalian!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Di saat saudara-mara kita di Palestin,di Ghaza sekarang sedang berjuang untuk mempertahankan Islam,mempertahankan Aqidah yang haq, apakah yang telah kita lakukan sekarang???masih tidur???masih bersembang2 kosong???sibuk bercerita di sana-sini??? tentang bola??tentang artis??perbalahan politik??fiitnah memfitnah??

Ketahuilah sahabat2 ku sekalian,di saat kita leka,puak2 kuffar,puak2 munafiq sekarang sedang merancang untuk menghancurkan kita..apakah kita sedar???hari demi hari,sedikit demi sedikit umat Islam murtad,masalah sosial yang semakin meningkat,judi yang semakin berleluasa,masjid yang semakin ditinggalkan,jemaah yang sering dilupakan,perpaduan yang semakin diabaikan,sikap mawaddah,berkasih sayang sesama islam semakin diketepikan dan berbagai2 perkara yang telah berlaku sekarang,,persoalannya,sehingga bila isu ini akan selesai???Apakah kita hendak menunggu sehingga kebangkitan Imam MAhadi??ataupun menunggu sehingga datangnya satu keajaiban yang bisa menyatukan umat Islam??

Sedarlah wahai diriku dan sahabatku..kesenangan tidak akan datang tanpa disulami dengan kepayahan,kerana di saat kita melepasi saat kepayahan,Allah telah menjanjikan kejayaan kepada kita..Marilah kita bersama-sama bangkit dari kelalaian kita,bangkit dari kealpaan kita dan berganding bahu bersama2 memacu sebuah gerak kerja mengislah iman kita,mentarbiyah persekitaran kita..

Malulah kita dengan saudara2 kita di Palestin,saban hari menuntut syahid yang mulia,rela berkorban dua harta yang paling berharga kepada manusia iaitu darah dan nyawa,bersedia sepenuh masa untuk mempertahankan bumi al-Quds yang mulia,MasyaAllah!!begitu hebat iman mereka..apakah iman kita setanding mereka??

Penulis baru sahaja selesai mendengar ceramah Palestin di Masjid Ukm..begitu tersentuh sekali jiwa penulis apabila dilontarkan beberapa persoalan dan masalah2 umat yang berlaku sekarang..Di manakah hilangnya kekuatan umat Islam yang dahulu??dimanakah hilangnya keizzahan Islam yang dahulu??Hati penulis benar2 tersentuh dengan pendedahan yang diberikan oleh penceramah tersebut..Beliau menceritakan beberapa kisah rakyat Palestin sewaktu beliau pergi ke sana..Antaranya diceritakan bagaimana seorang rakyat Palestin telah ditangkap dan disiksa..Sahabat2 sekalian,siksaan Zionis Laknatullah teramatlah zalim..bentuk siksaannya adalah dengan menarik rambut sehingga tercarik kulit2 kepala beliau,tapi sahabat2 ku sekalian,sekiranya kita berada di tempat beliau,apakah yang kita akan lakukan??tanyalah diri sendiri..kemudian sahabat2 skalian,selepas beliau berjaya dibebaskan dengan pertukaran askar yahudi dengan rakyat palestin,ketika ditanya oleh isteri beliau tentang siksaan tersebut,apakah jawapan beliau??MasyaAllah sahabat2 sekalian,gementar hati ini apabila mendengar jawapan beliau..Beliau pun menjawab "Allah telah memberikan ketenangan kepada aku.Kesakitan yang aku alami sedikit pun tidak aku rasai kerana hati ini tenang dengan sebab MEMBACA AL-QURAN..

MasyaAllah,begitu tinggi keimanannya,sehingga satiap apa yang berlaku kepada dirinya tidak dihiraukan olehnya..Lihatlah sahabat2 sekalian,bandingkan iman kita dengan iman mereka..tak perlulah kita membandingkan ibadah kita dengan mereka,cukuplah dengan membandingkan amalan seharian kita,apakah solat subuh kita lebih bagus dari solat zohor??apakah semakin kita menunaikan solat,semakin berkualiti solat kita??apakah perlakuan kita pada setiap hari semakin baik atau sebaliknya???

Tepuklah dada,tanyalah iman kita..Oleh itu,bangkitlah wahai diriku dan sahabat2ku..gunakanlah masa yang ada untuk kepentingan agama supaya kita tidak akan menyesal di akhirat nanti.Lupakanlah perbalahan yang ada.marilah kita bersama2 membina kekuatan kita,marilah kita bersama2 bersatu mengembalikan kegemilangan Islam yang dahulu..InsyaAllah..Amin..
Wednesday, February 25, 2009

Hargailah apa yang ada..



25 FEB,Pusanika,UKM-Kejadian kecurian telah berleluasa di sekitar UKM. Baru-baru ini, seorang pelajar UKM, Mohd Nazri dari Fakulti Pengajian Islam telah kehilangan topi keledar di kawasan parking motorsikal. Beliau berkata "masa itu, saya ada kuliah di DK3 F203, sebaik sahaja habis kuliah kira-kira pukul 9.45 malam, saya pergi ke motor dan mendapati topi keledar saya telah hilang.perkara ini benar2 meninggalkan kesan kepada diri saya..pesanan saya kepada pencuri helmet UKM,Janganlah anda mengambil hak orang lain kerana anda akan mendapat balasan di akhirat kelak..Di saat itu, setiap makhluk berharap akan diringankan siksaan, dipercepatkan penghisaban kerana situasi di sana tidak dapat digambarkan betapa perit dan siksanya..Oleh itu, bagi mengelakkan waktu penghisaban amalan anda menjadi begitu lama,eloklah anda menghentikan tabiat anda itu..Sayangilah diri anda!!" ujar Nazri lagi,"saya amat sayangkan helmet itu kerana ia adalah pemberian ayah saya,walaupun saya sedar,sewaktu saya memiliki helmet tersebut,saya mengabaikannya,kadang2 saya membiarkan ia berpanas,berhujan tetapi bila kehilangannya sekarang, ia membuatkan saya benar2 terasa," katanya sambil mengesat air mata..Pihak polis sedang menyiasat perkara ini dan sesiapa yang mempunyai maklumat, bolehlah berhubung dengan balai pengawal yang berhampiran.

Sahabat2, kadang-kadang ada perkara yang kita kurang mengambil berat dengan apa yang kita ada, tetapi sekali kita diuji dengan kehilangannya, maka kita akan merasa gundah-gulana,mula memikirkan jasa2nya,dan lain2..Begitu banyak perkara yang ada di sekitar kita yang kita boleh hargai antaranya Ibu bapa kita. Selagi mereka masih hidup, hargailah segala pengorbanan mereka, ingatilah setiap amanah dan pesanan yang diberikan kepada kita demi untuk menjadikan kita anak yang soleh, dan menjadi saham akhirat kepada mereka sewaktu mereka di alam barzakh sana..

penulis seringkali teringat pesan ayah penulis kepada rakan2nya,"Kalau kita bharap utk mendapat anak yg soleh, maka jadikanlah diri kita anak yg soleh kepada ibu bapa kita,"..penulis berjanji kepada ibu dan ayah penulis bahawa satu hari nanti, akan penulis membalas jasa dan pengorbana yang diberikan kepada penulis..





Begitu juga dengan perkara2 yang lain sperti rakan2, harta-harta kita dan sebagainya..Hargailah ia dan manfaatkanlah sebaik2nya supaya kita tidak menyesal di kemudian hari..

Kepada orang yang rasa dirinya pencuri, ubahlah tabiat anda..penulis amat kasihan melihat anda kerana segala tindakan anda itu akan memudaratkan diri anda di akhirat kelak..walaupun penulis memaafkan anda,akan tetapi apakah Allah yang Maha Esa dapat menerima tindakan anda??

Fikir2kan....

Munafiqkah kita???

Hudzaifah r.a pernah berkata: “Orang-orang munafik sekarang lebih jahat (berbahaya) daripada orang munafik pada masa Rasulullah saw.”
Ditanyakan kepadanya: “Mengapa demikian?”
Hudzaifah menjawab: “Sesungguhnya pada masa Rasulullah saw mereka menyembunyikan kenifakannya, sedangkan sekarang mereka berani menampakkannya.” (Diriwayatkan oleh Al Farayabi tentang sifat an nifaq (51-51), dengan isnad shahih)

Sahabat-sahabat yang penulis sayangi sekalian, hadis di atas secara terangnya menyebutkan bahawa kegusaran sahabat Nabi tentang gejala munafiq ini..Mengapa penulis mengatakan ianya gejala??kerana penyakit munafiq pada zaman sekarang sudah membarah di kalangan masyarakat Islam malah turut menjangkiti pendakwah-pendakwah pada masa sekarang ini dan tak terkecuali kita sebagai mahasiswa..

Cuba kita semak perbuatan harian kita,muhasabah pergerakan harian kita, apakah kita ini masih melakukan perbuatan yang bercirikan munafiq??contohnya amanah, apakah kita ini amanah dengan diri kita, amanah dengan perbuatan kita, amanah dengan Allah??

Kadang-kadang kita xsedar perbuatan kita itu adalah perbuatan yang munafik..sebagai contoh, kawan kita tidak hadir ke kuliah dan menyuruh kita menandakan kehadirannya,apakah kita amanah???tindakan kita itu seolah-olah meredhai perbuatan tidak amanah yang dilakukan olehnya..Selain itu, kadang-kadang kita lihat situasi di universiti sendiri, saban tahun setiap kolej akan menganjurkan program2..Ajk2 pelaksana progrm begitu komited utk merealisasikan prgm tersebut sehingga sggup `berkorban` utk tidak mghadiri kuliah??Malah,sesetengah ajk berasa bangga kerana ponteng kuliah hnya skadar untuk merealisasikan prgm tersebut...

Aduhai manusia, apakah kita tidak menyedari akan tindakan kita tersebut merupakan satu tindakan TIDAK AMANAH malah kita sendiri merasa berBANGGA dengan tindakan tersebut..

Sedarlah wahai sahabat2ku, marilah kita bersama2 memperbetulkan niat kita dan bertaubat kepada Allah dengan sebenar2nya..Kadang-kadang kita merasakan doa kita tidak pernah dimakbulkan, adakah tindakan2 kita seperti yg di atas menjadi penghalang untuk doa kita sampai ke langit??

FIKIR2KANLAH!!!
Tuesday, February 24, 2009

Bekerjalah sebagai satu jemaah..:)

penulis baru saje menonton cerita korea yang bertajuk `Team Medical Dragon`..cerita yg pling best skali penulis tgk..bagaimana sekumpulan doktor bertungkus lumus untuk menyelesaikan tesis seorang prof madya yang berkaitan tentang jantung..apa yang menarik untuk dikongsikan ialah kerjasama setiap pakar ketika menjalankan pembedahan jantung tersebut..pakar bius,pakar bedah,pakar mekanikal dan lain-lain begitu membuatkan penulis teruja..jalan cerita yang disampaikan benar2 membuatkan penonton akan teruja untuk melihat episod seterusnya..pengarah drama ini juga cuba menonjolkan satu sikap yang amat baik untuk dicontohi oleh kita di mana ketika doktor-doktor tersebut cuba menyelesaikan pembedahan `Batista` iaitu pembedahan jantung yang paling sukar dillaksanakan..di sini, penonton akan dapat melihat bagaimana bijaknya ketua doktor tersebut memilih ahli kumpulannya yang benar-benar ikhlas hendak menyelamatkan nyawa pesakit..ish..nak cter pun susah..kalau anda benar-benar ingin merasakan `keterujaan`,tontonlah cerita ini dan anda akan pasti merasakannya..semoga pihak pengeluar filem Malaysia dapat mengeluarkan produk2 filem yang berkualiti seperti cerita ini..:)
Sunday, February 22, 2009

Berlumba-lumbalah berbuat kebajikan

Hidup di dunia diibaratkan sebagai seorang petani yang bercucuk tanam. Hidup di akhirat diibaratkan pula sebagai tempat untuk menuai. Setiap petani mengimpikan untuk mendapat hasil tuaian yang baik,sempurna dan elok serta boleh dimanfaatkan.Hasil yang kurang elok seboleh-bolehnya minta dijauhkan.Oleh itu,setiap petani akan berusaha dengan gigih untuk mendapatkan hasil yang diimpikan.Begitulah juga kita sebagai manusia.Seandainya kita mengimpikan untuk mendapat `hasil tuaian` yang baik di akhirat kelak,maka BERLUMBA-LUMBALAH kita di dunia ini dengan bercucuk tanam yang berupa amalan-amalan dan suruhan-suruhan yang disyariatkan oleh agama agar kita tergolong di kalangan orang yang berjaya di akhirat kelak.Tidak rugi bagi orang mukmin yang berpenat lelah di dalam melaksanakan ibadah dan tuntutan agama kerana setiap titik peluh yang dikeluarkan untuk Islam, akan dinilai ganjarannya di akhirat kelak.Oleh itu,marilah kita bersama-sama `senang hati` melaksanakan kebaikan dan kebajikan di dunia ini agar kita memperoleh rahmat dan maghfirah daripada Allah S.w.t..

Updates Via E-Mail

Video