Tuesday, May 4, 2010

Pilih...pilih..pilih..

Saya masih ingat ketika mendengar kuliah us hasrizal di surau an-Nur baru-baru ini yang membincangkan tentang ujian yang sering dilalui oleh seorang manusia. Biasanya,manusia ini boleh bertahan dengan ujian yang payah,lihat sahaja sirah baginda Muhammad s.a.w,ketika mana baginda bersama-sama sahabat dapat bertahan daripada kelaparan dengan mengikat perut. Bukan sahaja di zaman Nabi,malah ujian untuk berhadapan dengan kesusahan juga biasa sahaja di lalui oleh orang ramai.
Namun,perkara yang paling susah bagi manusia adalah berhadapan dengan ujian kesenangan. Manusia juga sering lupa untuk menyedari hakikat bahawa ujian kesenangan adalah yang paling sukar untuk dilalui oleh manusia.kerana apa? Kerana manusia sering tersalah memilih dalam ujian tersebut yang akhirnya menyebabkan ianya memberi kesan yang tidak baik kepada manusia tersebut,kesan di dunia dan kesan di akhirat.
Bila menceritakan tentang kesan di dunia,saya teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat,bagaimana seorang rakannya yang di uji oleh Allah dengan dianugerahkan pelbagai nikmat seperti jawatan,harta,pangkat dan sebagainya. Namun,segala nikmat tersebut tidak dihargai oleh beliau bahkan sikap beliau yang sebelum ini agak baik,tetapi dek kerana terlalu mengikut hawa nafsu,wang dan harta tersebut dibelanjakan ke jalan yang salah,akhirnya ujian yang Allah bagi kepada beliau adalah dengan menarik nikmat tersebut dan akhirnya beliau menjadi papa. Sekejap sahaja Allah hendak menguji manusia.
Kalau di akhirat,apatah lagi,setiap pilihan yang kita pilih di atas dunia ini akan ditanya oleh Allah akan signifikankah pilihan kita tersebut. Kalau kita pilih yang baik-baik,insyaAllah ianya akan menggembirakan kita di akhirat tetapi sekiranya kita memilih yang tidak baik,maka ia akan menyebabkan kita di akhirat nanti,resah dan gelisah,dan akhirnya terjadilah seperti yang kita faham di dalam ayat terakhir surah an-Naba`,iaitu apabila melihat bagaimana azabnya neraka,sehinggakan makhluk berdoa supaya menjadi tanah. Apakah dapat dibayangkan bagaimanakan situasi tersebut?
Cuba kita `check` aktiviti harian kita,seawal pagi,kita diberikan ujian pilihan. Ketika mendengar azan Subuh,apakah reaksi kita? Apakah pilihan kita pada waktu itu? Apakah terus tidur,dan menangguhkan solat subuh demi tidak sanggup meninggalkan nikmat tidur atau kita terus bangkit dan menunaikan solat? Itu adalah sebahagian ujian yang kita lalui setiap hari.Belum lagi disemak jadual harian kita. MasyaAllah,banyak ujian yang Allah beri namun kita tidak menyedari.

Kesimpulannya,buatlah pilihan yang terbaik dalam melalui ujian kesenangan yang Allah beri ini. Kerana kita khuatir,apabila pilihan yang kita pilih itu tersasar,maka ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada kita. Sebagai orang Islam dan mengaku sebagai umat Baginda Rasulullah s.a.w,maka kita kena selalu muhasabah diri dan berusaha untuk menjadi umat yang berkualiti dan terus istiqamah memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini.

0 comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Video