Wednesday, May 5, 2010

Pengajaran dari kisah Ataturk Laknatullah : Kesan kepada mereka yang mengkhianati Islam.

Kisah Turki Uthmaniyah sebenarnya banyak memberikan kesan dan ibrah yang boleh diambil dari intipati kisahnya.Saya membaca buku Turki : Negara Dua Wajah,Pengkhianatan Ataturk terhadap Negara Islam, sememangnya benar-benar memberikan kesan yang mendalam terhadap diri saya..Karekter Kamal Ataturk Laknatullah benar-benar membuatkan saya terfikir,apakah sikap dan perangai buruknya serta pengkhianatannya kepada daulah Islamiah khususnya ditiru dan di ambil tanpa sedar oleh umat Islam sekarang.

Mustafa Kamal Ataturk,seorang lelaki yang dikatakan lahir hasil dari hubungan haram ibunya,hidup dalam suasana yang sangat teruk.Sikap busuk hatinya jelas dizahirkan seawal zaman persekolahannya.Sering bergaduh,mencetus huru-hara dan sebagainya.

Pada awalnya dihantar ke sekolah agama oleh bapanya,namun ibunya memindahkannya ke sekolah biasa yang sekular.Bukan sahaja mencipta permusuhan sesama rakan,bahkan guru-gurunya turut dibenci dan diajak bermusuhan..

Saya terfikir,karekter Ataturk ini di lihat semakin berkembang biaknya di sekitar kita.Umat
Islam agaknya sudah lupa siapakah dan apakah punca Khilafah Islamiyah dijatuhkan..bila kita
teliti semula,sikap Ataturk seawal usia persekolahan begini dan akhirnya menggadaikan dan
merobek kerajaan Khilafah Uthmaniyah,boleh kah dibayangkan generasi muda sekarang ini,yang dilaporkan di media sangat-sangat begitu menakutkan..remaja memecahkan kereta guru,guru dipukul,Allahuakbar..Bergetar jiwa saya..Apakah sejarah ini akan berulang??
Sikap Ataturk ini sejak kecil dibenci oleh rakan-rakannya.Namun ia tak menghalang Ataturk
untuk terus bersikap biadap dan membabi buta kepada semua yang berada di sekitarnya.

Ataturk terus menyambung pengajiannya di sekolah tentera dan akhirnya lulus dan dijadikan
sebagai tentera..Bermula di sinilah,peranan Ataturk jelas menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah
secara tersusun..Melalui beberapa perancangan jahat dan strategi-strategi busuk Ataturk,akhirnya beliau di lantik menjadi pemimpin tertinggi tentera..Di sinilah peranan beliau jelas..Mejatuhkan kekuatan Khilafah Islamiyah secara terancang..Berpakat dengan tentera Inggeris,menjadi boneka Yahudi,menggunakan Islam yang ada pada beliau dengan mengkhianati penduduk Islam Azerbaijan..dan berbagai-bagai lagi tindakan kejamnya terhadap Islam.

Akhirnya,tanggal 23 Mac 1924,Khilafah Uthmaniyah dihapuskan..oleh tangan-tangan pengkhianat agama..Beliau dilabelkan oleh Barat sebagai Bapa Pembangunan Moden Turki sebenarnya adalah pengkhianat kepada seluruh umat Islam..

Kesan-kesan daripada pemerintahan Ataturk Laknatullah ini,akhirnya menyebabkan :

1) Sistem Khalifah terhapus
2) Umat Islam dipisahkan dari agama dengan pensekularan sistem.
3) Bahasa Arab dihapuskan dan digantikan dengan bahasa Latin (masyaAllah,di Malaysia sudah berlaku,tulisan jawi dihapuskan dan menyebabkan ramai orang Islam sudah tidak pandai mengaji al-Quran)
4) Azan ditukarkan kepada bahasa Turki.

Tindakan Ataturk yang menghina Islam dan dosanya menghapuskan Khilafah Uthmaniyyah dibalas oleh Allah di atas dunia ini lagi..Dia mati dalam keadaan perut membusung,darah yang tidak berhenti mengalir dari hidungnya,dan pelbagai azab yang Allah berikan kepadanya.Bahkan di saat beliau nazak,sempat lagi menunjukkan egonya dengan meminta supaya tidak disembahyangkan.Akhirnya,beliau pergi meninggalkan dunia setelah menderita azab yang Allah berikan dalam keadaan tidak diterima bumi dan dilaknat oleh penduduk langit dan bumi..


Lihatlah sekarang,wahai saudaraku,sejarah itu wujud adalah untuk dijadikan ibrah dan
pengajaran kepada kita pada hari ini.Hidup tanpa mengamalkan Islam,lebih-lebih lagi,menjadi
pengkhianat kepada Islam,ditunjukkan oleh Allah bukan di akhirat sahaja,bahkan di dunia
sudah dipertontonkan untuk diambil iktibar.

Wahai saudaraku,di bahu kita ada tugas yang perlu dilaksanalan, tugas kita untuk mengembalikan semula khilafah Islamiyah di atas muka bumi ini.Tingkatkan kualiti Islam dalam diri kita,jadikan ianya sebagai budaya seharian.Turun dan berdakwahlah secara fardiyyah atau jam`iyah..dan kita doakan usaha saudara kita di Turki,Erdogan dan Abdullah Gul dalam usaha mereka membawa Islam di pemerintahan mereka berjaya..
Tuesday, May 4, 2010

Pilih...pilih..pilih..

Saya masih ingat ketika mendengar kuliah us hasrizal di surau an-Nur baru-baru ini yang membincangkan tentang ujian yang sering dilalui oleh seorang manusia. Biasanya,manusia ini boleh bertahan dengan ujian yang payah,lihat sahaja sirah baginda Muhammad s.a.w,ketika mana baginda bersama-sama sahabat dapat bertahan daripada kelaparan dengan mengikat perut. Bukan sahaja di zaman Nabi,malah ujian untuk berhadapan dengan kesusahan juga biasa sahaja di lalui oleh orang ramai.
Namun,perkara yang paling susah bagi manusia adalah berhadapan dengan ujian kesenangan. Manusia juga sering lupa untuk menyedari hakikat bahawa ujian kesenangan adalah yang paling sukar untuk dilalui oleh manusia.kerana apa? Kerana manusia sering tersalah memilih dalam ujian tersebut yang akhirnya menyebabkan ianya memberi kesan yang tidak baik kepada manusia tersebut,kesan di dunia dan kesan di akhirat.
Bila menceritakan tentang kesan di dunia,saya teringat sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat,bagaimana seorang rakannya yang di uji oleh Allah dengan dianugerahkan pelbagai nikmat seperti jawatan,harta,pangkat dan sebagainya. Namun,segala nikmat tersebut tidak dihargai oleh beliau bahkan sikap beliau yang sebelum ini agak baik,tetapi dek kerana terlalu mengikut hawa nafsu,wang dan harta tersebut dibelanjakan ke jalan yang salah,akhirnya ujian yang Allah bagi kepada beliau adalah dengan menarik nikmat tersebut dan akhirnya beliau menjadi papa. Sekejap sahaja Allah hendak menguji manusia.
Kalau di akhirat,apatah lagi,setiap pilihan yang kita pilih di atas dunia ini akan ditanya oleh Allah akan signifikankah pilihan kita tersebut. Kalau kita pilih yang baik-baik,insyaAllah ianya akan menggembirakan kita di akhirat tetapi sekiranya kita memilih yang tidak baik,maka ia akan menyebabkan kita di akhirat nanti,resah dan gelisah,dan akhirnya terjadilah seperti yang kita faham di dalam ayat terakhir surah an-Naba`,iaitu apabila melihat bagaimana azabnya neraka,sehinggakan makhluk berdoa supaya menjadi tanah. Apakah dapat dibayangkan bagaimanakan situasi tersebut?
Cuba kita `check` aktiviti harian kita,seawal pagi,kita diberikan ujian pilihan. Ketika mendengar azan Subuh,apakah reaksi kita? Apakah pilihan kita pada waktu itu? Apakah terus tidur,dan menangguhkan solat subuh demi tidak sanggup meninggalkan nikmat tidur atau kita terus bangkit dan menunaikan solat? Itu adalah sebahagian ujian yang kita lalui setiap hari.Belum lagi disemak jadual harian kita. MasyaAllah,banyak ujian yang Allah beri namun kita tidak menyedari.

Kesimpulannya,buatlah pilihan yang terbaik dalam melalui ujian kesenangan yang Allah beri ini. Kerana kita khuatir,apabila pilihan yang kita pilih itu tersasar,maka ia akan memberikan kesan yang tidak baik kepada kita. Sebagai orang Islam dan mengaku sebagai umat Baginda Rasulullah s.a.w,maka kita kena selalu muhasabah diri dan berusaha untuk menjadi umat yang berkualiti dan terus istiqamah memperjuangkan Islam di atas muka bumi ini.

Updates Via E-Mail

Video