Monday, October 11, 2010

ISIUKM menentang keras konsert Adam Lambert


Berikutan kehadiran Adam Lambert yang dijangka akan mengadakan konsert di Bukt Jalil pada 14 Oktober ini, ISIUKM membantah sekeras-kerasnya penganjuran konsert tersebut. Presiden Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohd Nazri bin Mohd Tahir ketika ditemui berkata “ Konsert yang akan dianjurkan ini dilihat sebenarnya makin menambah penyakit gejala sosial yang berlaku di saat ini. Ketika semua masyarakat Malaysia sedang mencari penyelesaian untuk mengubat penyakit sosial yang semakin membarah ini,sekali lagi pihak kerajaan membenarkan konsert ini berlangsung. Beliau yang juga Naib Presiden GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia) menegaskan lagi bahawa seharusnya pihak kerajaan bertegas dalam perkara seperti ini. Semua rakyat jelas dengan karakter yang dimiliki oleh artis tersebut yang disebutkan sebagai seorang yang mengamalkan hubungan sejenis(GAY).

“Di Malaysia, hubungan sejenis ini ditolak sepenuhnya oleh rakyat Malaysia.Jadi mengapa pihak kerajaan masih lagi membenarkan artis tersebut masuk ke negara ini?perkara ini boleh diibaratkan seolah-olah hendak mengubat penyakit tetapi dalam masa yang sama membiarkan virus-virus yang membawa penyakit terus berlegar-legar dengan bebasnya. Seharusnya pihak kerajaan bertindak dengan tegas dan serius dalam perkara-perkara seperti ini walaupun terdapat pandangan-pandangan tertentu yang menyebutkan bahawa ia hanya sekadar hiburan semata-mata namun sebenarnya ia perlu dlihat dari aspek yang lebih jauh lagi. Kita bimbang kesan dan pengaruh artis tersebut akan mempengaruhi anak muda di negara kita ini dan akhirnya ia secara tidak langsung akan membawa kesan buruk kepada negara pada masa akan datang . Isu ini sangat sensitive dan lebih-lebih lagi,konsert tersebut akan dianjurkan pada hari khamis malam yang kita maaruf adalah merupakan malam yang biasa diadakan bacaan yasin di masjid-masjid dan surau-surau”.Ujar beliau lagi.

Justeru, dengan melihat bahawa implikasi buruk yang bakal diterima daripada penganjuran ini, seluruh mahasiswa Islam secara amnya membantah penganjuran konsert ini. “kita minta pihak kerajaan dengan kuasa yang mereka ada, membatalkan secara terus konsert ini. Sekiranya ia tidak diendahkan,seluruh mahasiswa Islam dan masyarakat umum tidak teragak-agak untuk menukar pentadbiran kerajaan kepada kerajaan yang lebih berani dan mementingkan keharmonian sosial dan masyarakat.”

0 comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Video