Sunday, February 22, 2009

Berlumba-lumbalah berbuat kebajikan

Hidup di dunia diibaratkan sebagai seorang petani yang bercucuk tanam. Hidup di akhirat diibaratkan pula sebagai tempat untuk menuai. Setiap petani mengimpikan untuk mendapat hasil tuaian yang baik,sempurna dan elok serta boleh dimanfaatkan.Hasil yang kurang elok seboleh-bolehnya minta dijauhkan.Oleh itu,setiap petani akan berusaha dengan gigih untuk mendapatkan hasil yang diimpikan.Begitulah juga kita sebagai manusia.Seandainya kita mengimpikan untuk mendapat `hasil tuaian` yang baik di akhirat kelak,maka BERLUMBA-LUMBALAH kita di dunia ini dengan bercucuk tanam yang berupa amalan-amalan dan suruhan-suruhan yang disyariatkan oleh agama agar kita tergolong di kalangan orang yang berjaya di akhirat kelak.Tidak rugi bagi orang mukmin yang berpenat lelah di dalam melaksanakan ibadah dan tuntutan agama kerana setiap titik peluh yang dikeluarkan untuk Islam, akan dinilai ganjarannya di akhirat kelak.Oleh itu,marilah kita bersama-sama `senang hati` melaksanakan kebaikan dan kebajikan di dunia ini agar kita memperoleh rahmat dan maghfirah daripada Allah S.w.t..

0 comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Video