Monday, August 10, 2009

Roda-roda kehidupan..

Hampir 3 minggu, saya tidak mengupdate blog..bukan kerana tiada masa tetapi mungkin diri saya ini masih belum bersungguh-sungguh untuk menggunakan blog ini sebagai medan dakwah saya..pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 3 minggu yang lepas..memandangkan post ini ditulis saat diri saya ini terasa sangat bosan, maka saya pun merasa terpanggil untuk bercerita dan berkongsi kepada sahabat-sahabat tentang perkara-perkara yang saya lalui sepanjang 3 minggu ini..
Pelbagai kisah suka duka yang berlaku..ada perkara yang berada di luar jangkauan pemikiran saya dan ada juga beberapa perkara yang telah merealisasikan impian saya..mudah-mudahan,setiap perkara yang saya lalui ini dapat membentuk diri ini menjadi seorang mujahid yang kuat di dalam mempertahankan agama Allah yang mulia ini..

Peristiwa Demontrasi Selatan Thai

Mungkin saya boleh mulakan perkongsian saya dengan cerita ini..satu cerita yang benar-benar berlaku dan terjadi di luar jangkaan saya...Jika sebelum ini, saya hidup dalam `tahanan polis` selama hampir 22 tahun dengan penuh ceria dan gembira , tetapi buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya telah berada hampir setengah hari di dalam `tahanan polis` juga tetapi dengan suasana yang luar biasa, orang putih kata `culture shock`..masih lagi saya teringat, kira-kira 30 minit selepas solat jumaat, 17.07.2009 saya telah di tangkap polis kerana di syaki terlibat dengan perhimpunan haram…bahkan bukan sahaja saya di tangkap malah `kereta polis` yang hampir 2 tahun saya jaga dan pandu juga turut di tahan di dalam balai polis Tun Razak..Aduh, hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu tatkala saya telah dituduh bersubahat untuk perhimpunan haram tersebut..hanya kepada Allah tempat saya mengadu ketika itu..Selepas saya di tahan, saya meminta izin untuk ke surau dan membuat solat hajat memohon bantuan dan pertolongan dari Allah…sepanjang saya berada di balai tersebut, saya tidak henti-henti membaca al-Quran dan memohon supaya Allah memberikan pertolongan..Kuasa Allah mengatasi segala-galanya,akhirnya saya dilepaskan kerana tiada bukti yang kukuh untuk menyabitkan tuduhan terhadap saya…Maha Suci Allah yang memegang hati-hati makhluknya.. Moga-moga ujian yang saya lalui ini dapat membentuk diri saya menjadi lebih kental pada masa akan datang..

Pertemuan dengan Kumpulan Shoutul Harakah

Sejak sekolah menengah lagi,saya telah mendengar lagu-lagu daripada kumpulan shoutul harakah..Dari dulu lagi, saya berhasrat untuk bertemu dengan ahli kumpulan ini..Sekali lagi kuasa Allah menentukan segala-galanya..Pada 1.8.2009,detik yang saya tunggu selama ini tiba..Gamis telah menjemput kumpulan ini untuk satu konsert yang disebut `Konsert Antara Dunia` yang menampilkan artis nasyid tempatan seperti Rabbani, Hijjaz, Nibras, dan Raihan..Bukan niat saya untuk menjatuhkan kumpulan nasyid dari Malaysia ini akan tetapi pada malam tersebut, hati dan jiwa saya seperti tidak boleh menerima persembahan daripada artis nasyid dari Malaysia..Saya tidak merasa puas dengan persembahan daripada kumpulan Shoutul Harakah..saya dapat merasakan ada roh islam terdapat di dalam setiap bait-bait lirik lagu mereka..di susuli dengan laungan takbir di dalam stadium, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu..indahnya hidup apabila berada di dalam suasana islam..tidak ada rasa gentar dalam memperjuangkan islam, tidak takut untuk menzahirkan semangat jihad di dalam diri..tidak takut melaungkan takbir..MasyaAllah, saya berdoa supaya dapat hidup di dalam suasana seperti ini..InsyaAllah jika di izinkan tuhan..Pada malam itu, saya betul-betul merasa tidak puas hati kepada penganjur kerana hanya membenarkan mereka menyanyikan 3 lagu sahaja..Hati ini pulang dengan hampa…Akhirnya impian yang selama ini saya nanti-nantikan termakbul jua..Ust Idris telah mengajak saya untuk menemaninya bersama-sama sahabat-sahabat lain Ust Amar, Ust Mubarak untuk pergi ke LCCT bagi mewakili penganjur mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan ini..Apalagi, peluang yang sekian lama di nantikan telah tiba..seperti wartawan Melodi, bertubi-tubi soalan saya ajukan kepada ahli kumpulan tersebut..daripada kehidupan mereka sebagai mahasiswa, penglibatan awal mereka di dalam berdakwah hingga kepada bagaimana tertubuhnya kumpulan ini..pelbagai lontaran idea dan nasihat telah saya terima di dalam pertemuan sesingkat ini..Teringat pesanan akhir daripada salah seorang ahli kumpulan ini yang menyebutkan bahawa mereka berdoa supaya saya dan mereka akan bertemu lagi akan tetapi bukan pada pertemuan yang biasa bahkan satu pertemuan di dalam medan dakwah yang lebih luas lagi..menakjubkan saya juga bahawa kumpulan mereka ini bukan hanya sekadar penasyid biasa bahkan mereka ini merupakan ahli parlimen, adun, pensyarah dan sebagainya..Mudah-mudahan usaha mereka untuk berdakwah akan di terima oleh Allah s.w.t dan diberikan pertolongan ke atas setiap apa yang mereka lakukan untuk Islam..

Jangkitan H1n1

Jika sebelum ini, saya hanya mendengar dan melihat di media elektronik tentang penularan wabak H1N1 akan tetapi pada 4.8.09 yang lalu, saya telah mendapat mesej dari ayah saya yang mengatakan bahawa adik saya dikatakan suspek H1n1..hanya Allah yang tahu betapa terkesimanya saya mendengar berita itu..saya terus bergegas ke Johor, sekolah adik saya untuk mengikuti perkembangannya..Alhamdulillah, ia hanyalah suspek sahaja..dan adik saya pun di bawa pulang ke rumah untuk rawatan yang seterusnya…Saya dapat merasakan perasaan bagaimana insan lain yang dijangkiti wabak ini dan perasaan ahli keluarga mereka..Mudah-mudahan Allah meletakkan mereka ini di dalam golongan orang yang bersabar..Mungkin wabak ini merupakan petanda dari Allah untuk peringatan kepada hambaNya??hanya kita sendiri yang mampu untuk muhasabah diri dan menilai sejauh mana hubungan kita kepada Allah s.w.t..

Kesimpulan

Tatkala saya menulis post ini, saya berfikir panjang terhadap peristiwa-peristiwa yang telah saya lalui beberapa hari ini..terasa hinanya diri kita ini sebagai hamba di muka bumi ini..maha suci Allah untuk melakukan apa yang dikehendakiNya kepada kita sebagai hambaNya yang dhaif ini..Siapalah kita untuk ego dan sombong dengan apa yang kita ada di dunia ini bahkan kita ini adalah di ibaratkan sebagai zarah yang tersangat kecil jika diukur dengan keluasan dunia ciptaan Allah s.w.t..Kadang-kadang perkara seharian yang kita lakukan tidak pun diniatkan untuk Allah s.w.t..Layakkan kita ke syurga dengan ujian-ujian yang kita lalui ini? Jika dibandingkan dengan perjuangan dan ujian Para Sahabat di dalam memperjuang dan mempertahankan Islam, apalah sangat ujian yang kita lalui ini??Oleh itu, saya berpesan kepada diri saya yang dhaif ini dan juga kepada sahabat-sahabat agar kita dapat bermuhasabah diri dan merenung kembali sejauh mana usaha kita untuk Islam..dan satu firman Allah s.w.t yang sering bermain-main di fikiran saya dan memberikan saya satu motivasi untuk terus menerus melakukan kerja dakwah di muka bumi ini..Firman Allah di dalam surah zalzalah : 4 di mana Allah menyebut “ Pada hari ini(hari kiamat), bumi akan menceritakan beritanya”..Kita perlu sedar yang kita berada di atas muka bumi dan bumi jugalah yang menjadi saksi kepada setiap perbuatan kita..justeru itu, saya menyeru kepada diri saya dan sahabat-sahabat untuk terus berjuang di dalam mempertahankan dan mengangkat Islam kembali ke tempatnya..dan ingat, Bumi Allah ini akan menjadi saksi di atas setiap perjuangan kita..

0 comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Video