Thursday, February 26, 2009

Aduhai muslimin..bangkitlah kalian!!!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Di saat saudara-mara kita di Palestin,di Ghaza sekarang sedang berjuang untuk mempertahankan Islam,mempertahankan Aqidah yang haq, apakah yang telah kita lakukan sekarang???masih tidur???masih bersembang2 kosong???sibuk bercerita di sana-sini??? tentang bola??tentang artis??perbalahan politik??fiitnah memfitnah??

Ketahuilah sahabat2 ku sekalian,di saat kita leka,puak2 kuffar,puak2 munafiq sekarang sedang merancang untuk menghancurkan kita..apakah kita sedar???hari demi hari,sedikit demi sedikit umat Islam murtad,masalah sosial yang semakin meningkat,judi yang semakin berleluasa,masjid yang semakin ditinggalkan,jemaah yang sering dilupakan,perpaduan yang semakin diabaikan,sikap mawaddah,berkasih sayang sesama islam semakin diketepikan dan berbagai2 perkara yang telah berlaku sekarang,,persoalannya,sehingga bila isu ini akan selesai???Apakah kita hendak menunggu sehingga kebangkitan Imam MAhadi??ataupun menunggu sehingga datangnya satu keajaiban yang bisa menyatukan umat Islam??

Sedarlah wahai diriku dan sahabatku..kesenangan tidak akan datang tanpa disulami dengan kepayahan,kerana di saat kita melepasi saat kepayahan,Allah telah menjanjikan kejayaan kepada kita..Marilah kita bersama-sama bangkit dari kelalaian kita,bangkit dari kealpaan kita dan berganding bahu bersama2 memacu sebuah gerak kerja mengislah iman kita,mentarbiyah persekitaran kita..

Malulah kita dengan saudara2 kita di Palestin,saban hari menuntut syahid yang mulia,rela berkorban dua harta yang paling berharga kepada manusia iaitu darah dan nyawa,bersedia sepenuh masa untuk mempertahankan bumi al-Quds yang mulia,MasyaAllah!!begitu hebat iman mereka..apakah iman kita setanding mereka??

Penulis baru sahaja selesai mendengar ceramah Palestin di Masjid Ukm..begitu tersentuh sekali jiwa penulis apabila dilontarkan beberapa persoalan dan masalah2 umat yang berlaku sekarang..Di manakah hilangnya kekuatan umat Islam yang dahulu??dimanakah hilangnya keizzahan Islam yang dahulu??Hati penulis benar2 tersentuh dengan pendedahan yang diberikan oleh penceramah tersebut..Beliau menceritakan beberapa kisah rakyat Palestin sewaktu beliau pergi ke sana..Antaranya diceritakan bagaimana seorang rakyat Palestin telah ditangkap dan disiksa..Sahabat2 sekalian,siksaan Zionis Laknatullah teramatlah zalim..bentuk siksaannya adalah dengan menarik rambut sehingga tercarik kulit2 kepala beliau,tapi sahabat2 ku sekalian,sekiranya kita berada di tempat beliau,apakah yang kita akan lakukan??tanyalah diri sendiri..kemudian sahabat2 skalian,selepas beliau berjaya dibebaskan dengan pertukaran askar yahudi dengan rakyat palestin,ketika ditanya oleh isteri beliau tentang siksaan tersebut,apakah jawapan beliau??MasyaAllah sahabat2 sekalian,gementar hati ini apabila mendengar jawapan beliau..Beliau pun menjawab "Allah telah memberikan ketenangan kepada aku.Kesakitan yang aku alami sedikit pun tidak aku rasai kerana hati ini tenang dengan sebab MEMBACA AL-QURAN..

MasyaAllah,begitu tinggi keimanannya,sehingga satiap apa yang berlaku kepada dirinya tidak dihiraukan olehnya..Lihatlah sahabat2 sekalian,bandingkan iman kita dengan iman mereka..tak perlulah kita membandingkan ibadah kita dengan mereka,cukuplah dengan membandingkan amalan seharian kita,apakah solat subuh kita lebih bagus dari solat zohor??apakah semakin kita menunaikan solat,semakin berkualiti solat kita??apakah perlakuan kita pada setiap hari semakin baik atau sebaliknya???

Tepuklah dada,tanyalah iman kita..Oleh itu,bangkitlah wahai diriku dan sahabat2ku..gunakanlah masa yang ada untuk kepentingan agama supaya kita tidak akan menyesal di akhirat nanti.Lupakanlah perbalahan yang ada.marilah kita bersama2 membina kekuatan kita,marilah kita bersama2 bersatu mengembalikan kegemilangan Islam yang dahulu..InsyaAllah..Amin..

0 comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Video