Wednesday, February 25, 2009

Hargailah apa yang ada..



25 FEB,Pusanika,UKM-Kejadian kecurian telah berleluasa di sekitar UKM. Baru-baru ini, seorang pelajar UKM, Mohd Nazri dari Fakulti Pengajian Islam telah kehilangan topi keledar di kawasan parking motorsikal. Beliau berkata "masa itu, saya ada kuliah di DK3 F203, sebaik sahaja habis kuliah kira-kira pukul 9.45 malam, saya pergi ke motor dan mendapati topi keledar saya telah hilang.perkara ini benar2 meninggalkan kesan kepada diri saya..pesanan saya kepada pencuri helmet UKM,Janganlah anda mengambil hak orang lain kerana anda akan mendapat balasan di akhirat kelak..Di saat itu, setiap makhluk berharap akan diringankan siksaan, dipercepatkan penghisaban kerana situasi di sana tidak dapat digambarkan betapa perit dan siksanya..Oleh itu, bagi mengelakkan waktu penghisaban amalan anda menjadi begitu lama,eloklah anda menghentikan tabiat anda itu..Sayangilah diri anda!!" ujar Nazri lagi,"saya amat sayangkan helmet itu kerana ia adalah pemberian ayah saya,walaupun saya sedar,sewaktu saya memiliki helmet tersebut,saya mengabaikannya,kadang2 saya membiarkan ia berpanas,berhujan tetapi bila kehilangannya sekarang, ia membuatkan saya benar2 terasa," katanya sambil mengesat air mata..Pihak polis sedang menyiasat perkara ini dan sesiapa yang mempunyai maklumat, bolehlah berhubung dengan balai pengawal yang berhampiran.

Sahabat2, kadang-kadang ada perkara yang kita kurang mengambil berat dengan apa yang kita ada, tetapi sekali kita diuji dengan kehilangannya, maka kita akan merasa gundah-gulana,mula memikirkan jasa2nya,dan lain2..Begitu banyak perkara yang ada di sekitar kita yang kita boleh hargai antaranya Ibu bapa kita. Selagi mereka masih hidup, hargailah segala pengorbanan mereka, ingatilah setiap amanah dan pesanan yang diberikan kepada kita demi untuk menjadikan kita anak yang soleh, dan menjadi saham akhirat kepada mereka sewaktu mereka di alam barzakh sana..

penulis seringkali teringat pesan ayah penulis kepada rakan2nya,"Kalau kita bharap utk mendapat anak yg soleh, maka jadikanlah diri kita anak yg soleh kepada ibu bapa kita,"..penulis berjanji kepada ibu dan ayah penulis bahawa satu hari nanti, akan penulis membalas jasa dan pengorbana yang diberikan kepada penulis..





Begitu juga dengan perkara2 yang lain sperti rakan2, harta-harta kita dan sebagainya..Hargailah ia dan manfaatkanlah sebaik2nya supaya kita tidak menyesal di kemudian hari..

Kepada orang yang rasa dirinya pencuri, ubahlah tabiat anda..penulis amat kasihan melihat anda kerana segala tindakan anda itu akan memudaratkan diri anda di akhirat kelak..walaupun penulis memaafkan anda,akan tetapi apakah Allah yang Maha Esa dapat menerima tindakan anda??

Fikir2kan....

0 comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Video