Friday, February 27, 2009

PENING..PENING..PENING

erm..pening sungguh kepala penulis..memikirkan tentang hukum alam yang semakin banyak tunggang terbalik..benda yang haram menjadi halal,perkara yang maaruf dan mengajak manusia ke arah kebaikan menjadi bebanan, perkara mungkar pula yang menjadi idaman dan ikutan..Cuba kita berfikir sejenak..kita bandingkan cara dan suasana kehidupan zaman 70an, 80an dengan zman sekarang..contohnya gejala sosial..kita tidak pernah mendengar pada sekitar tahun 70an dan 80an berlakunya masalah sosial..apabila melangkaui akhir abad ke 20 ataupun skitar 90an, masalah sosial tumbuh bak cendawan selepas hujan..

Mari kita berfikir sejenak,mengapa masyarakat pada zaman dahulu kurang didengari akan masalh sosial trsebut,kerana zaman atok nenek kita,mereka ini bekerja dan mendidik anak anak mereka (mak ayah kita la..) dengan sebenar2 didikan..mereka bekerja dengan ikhlas, nk mencari rezeki yang halal, tetapi cuba kita lihat sekrang,rasuah berleluasa,kerja yang di amanahkan tidak dilaksanakan dengan sempurna,faktor didikan agama yang semakin dijauhi,akhirnya melahirkan benih-benih keturunan yang tidak mengikut landasan agama..penulis mengambil contoh, seorang pegawai kerajaan contohnya, datang kerja lewat,songlap duit kerajaan,berkompromi dengan kerajaan tentang perkara2 maksiat,menegakkan kemungkaran,membenci perkara-perkara yang disuruh agama, dan akhirnya setelah sebulan bekerja, dapatlah gaji..kemudian dikongsi dengan anak isteri..cuba sahabat2 fikirkan,apakah keberkatan akan dikecapi oleh pegawai tersebut??tentu sahabat2 tahu jawapannya..

Kemudian generasi anak kepada pegawai tersebut membesar dengan kehidupan yang dikelilingi dengan perkara2 haram,rezeki yang haram,maka perkara-perkara maaruf akan payah untuk bertapak di dalam hatinya..mereka akan susah untuk memahami agama..maka, pada akhirnya,akan lahirlah seorang manusia yang rosak akhlaknya,buruk budi pekertinya malah terdapat sebahagian mereka yang menentang agama..

Cuba lihat sahabat2,situasi ini hanya berlaku kepada seorang `pegawai kerajaan`, cuba bayangkan berapa banyak manusia pada masa sekarang ni mmpunyai perangai dan sikap seperti `pegawai kerajaan` tersebut??cuba kita bilang sekarang, berapa banyak generasi anak muda yang lahir, sama seperti anak `pegawai kerajaan` tersebut??Mungkin kerana itulah, penulis berpandangan, bahawa mungkin gejala sosial yang berlaku disebabkan oleh rezeki atau persekitaran yang mempengaruhi golongan remaja pada masa kini..Sebab itulah, para pendakwah berkemungkinan agak payah untuk memahamkan ajaran agama kepada generasi seperti ini kerana hati mereka telah dijangkita `barah` dan susah untuk dipulihkan..

Konklusinya disini, di dalam usaha kita untuk membentuk sebuah generasi yang soleh dan solehah, tindakan ibu bapa adalah perkara pertama yang perlu dititikberatkan..ibu bapa seharusnya bertanggungjawab memberikan rezeki yang halal kepada anak2 mereka, maka dengan didikan sedemikian, barulah anak tersebut akan membesar dengan mudah menerima ajaran agama, mudah menerima ilmu, dan sebagainya..Cuba kita fikirkan,jika generasi seperti ini dapat dilahirkan dan dibentuk, maka tidak mustahil kita akan dapat membina sebuah masyrakat yang mantap,berilmu, dan matang dalam berfikir..INsyaAllah, satu hari nanti, Islam akan menang, cuma bila, kita tidak pasti lagi..Ya Allah,ampunkanlah dosa2 kami yang telah kami lakukan, berikanlah kefahaman agama kepada kami supaya kami dapat amalkan, berikanlah kekuatan kepada kami,untuk melawan musuh2Mu, samada dari dalam diri kami berupa nafsu, dan musuh kami yang nyata,Syaitan..Amin.

0 comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Video