Sunday, October 25, 2009

Exam bukanlah segala-galanya..

Selepas makan bersama pada malam tadi,saya,Amar dan Us Idris berbincang apa aktiviti yang ingin dilakukan bagi mengelakkan daripada terkena sindrom-sindrom yang luar biasa berlaku kepada insan-insan yang akan menduduki peperiksaan..setelah mendapatkan keputusan,akhirnya kami bersepakat...(ESOK KITA PERGI PORT DICKSON)..

Jam 7 pagi, kami berkumpul dan bertolak bersama-sama ke port dickson meninggalkan rakan-rakan yang masih `fana`(ayat yang saya belajar dari amar) dengan gelombang peperiksaan yang akan tiba..akan tetapi yang peliknya, mengapa kami bertiga tidak merasai simptom-simptom yang yang mereka semua alami??..

Jam 8 pagi,kami tiba di port dickson..indah sungguh panoramanya..benar-benar menenangkan perasaan kami..hilang dari kebisingan kota..hilang dari `tension study`..dan yang penting,hilang dari `rakan-rakan yang secara tiba-tiba berubah feel dan tingkahlakunya`..hehe

Jam 9 pagi,kami sedang bersantai-santai di tepi pantai sambil menikmati keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi..kicauan burung-burung yang mengindahkan suasana, sambil melihat nelayan mencari rezeki..juga melihat keluarga yang berbahagia sedang bermesra-mesra bersama anak kecilnya,indahnya hidup bersama keluarga:)..benar-benar menghilangkan rasa stress kami melihat rakan-rakan yang berkelakuan luar biasa yang kami tinggalkan di bangi sana tu..:)..

Jam 9.30 pagi,kami masuk ke dalam laut sambil berenang-renang mengikut alunan ikan-ikan di sana,terasa segar dan nyaman sekali..bermain-main air,terapung di atas air..sangat menyegarkan dan menggembirakan hati kami..

Jam 10.00 pagi,akhirnya kami pun bersiap-siap dan bergegas pulang ke bangi..kami kembali ke tempat di mana rakan-rakan kami yang luar biasa ni masih lagi meneruskan aksi-aksi mereka di sini...

Jam 11.00 pagi,kami tiba dari Port Dickson membawa pengalaman yang sangat indah sekali..walaupun peperiksaan akan tiba esok hari,namun itu bukan alasan kepada kami untuk pergi ke sana..pada kami,peperiksaan bukanlah segala-galanya..apa yang penting,kefahaman terhadap ilmu tersebut..buat amar,Enta memang terbaik..walaupun hari isnin exam,tapi enta tidak menganggap exam sebagai alasan untuk hang beriadhah bersama-sama kami...

Apa yang pasti, kami tidak akan berubah menjadi luar biasa,seperti rakan-rakan yang berada di sekitar kami..:)

(p/s : minggu depan kita gi Port Dickson lagi,ada sesiapa nak follow??)


Amar dan Us Idris bahagia di tepi pantai


Amar dan Us Idris tenang di dalam air..:)


Saya juga tidak melepaskan peluang `bahagia` bersama-sama us Idris dan Amar di dalam laut..


saya sedang memerhatikan ikan paus bermain bersama anak-anaknya..


Wajah Amar yang langsung tidak gentar dengan peperiksaan..(all out)..hehe

7 comments:

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, said...

gambar yang diterbitkan adalah tanpa kebenaran. saya akan saman awak nazri....

idris

AHMAD AMMAR ISHAK said...

nazri buat ayat bleh tahan, sekarang nazri sudah fana' dengan ayat2nya, dan fana' juga dengan satu perkara rahsia.. tp gmbar ana tu mcm dah lebih ja, aku pon nk saman dia gak la derih..

Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, said...

cerita pun banyak tokok tambah dan mengarut. ammar, kita bincang berapa nak saman malam ni k

Mohd Nazri said...

nak provok la tu..ish3...

AHMAD AMMAR ISHAK said...

jom saman.. tngk gmbar tu pon xleh caya, dia ada edit, klu saman ni kita boleh menang la.. gambar kt baju sendiri pon di padamkan bukti..

Mohd Nazri said...

amar..hang teruk..gmbr hang yang smart ala2 a*** ni pun,ana yg ambik tau..hehe

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid said...

xbgtau nk mandi..
kata nk buat lain..
huhuhu..
rugi x ikut..

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Video