Monday, April 27, 2009

Taubat Nasuha @ Taubat Retorik : Di manakah kita??

Taubat,satu perbuatan yang amat mudah untuk dilafazkan tetapi sukar untuk di amalkan..Setiap hari,manusia sering melakukan dosa dan maksiat walhal kesemua perkara tersebut diketahui akan kebatilannya namun ia tetap juga dilakukan oleh manusia..Naluri manusia yang sukakan kepada perkara dunia dan keseronokan tidak dapat dinafikan malah Allah s.wt juga telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak,harta benda yang banyak dan bertimbun-timbun,dari emas dan perak,kuda peliharan yang bertanda lagi terlatih,binatang-binatang ternak dan tanaman-tanaman.SEMUANYA ITU HANYALAH KESENANGAN DUNIA,dan ingatlah disisi ALLAH adalah sebaik-baik tempat kembali(syurga).. al-Imran : 14

Allah s.wt telah menukilkan di dalam kalamNya yang jelas memberi panduan kepada manusia supaya berpada-pada dengan nikmat dunia kerana kesemuanya itu adalah nikmat sementara,bahkan di sisi Allah sahajalah sebaik-baik tempat sandaran..

Namun begitu,manusia ini sering lalai dan leka,bertepatan dengan kaliman manusia itu sendiri yang di ambil dari perkataan arab,Nasiya yang bermaksud lupa..Maksiat dan dosa dilakukan saban hari tanpa merasa salah kepada Tuhan Robbul Izzati..Gejala sosial meningkat saban hari,bercouple,dan bermacam-macam lagi bentuk maksiat dan dosa yang dilakukan dan perkara-perkara tersebut dilihat agak berkurangan apabila tibanya waktu peperiksaan..masing-masing mula insaf dan melakukan ibadah dengan rajin..solat 5 waktu di surau,solat hajat setiap hari,dan berbagai-bagai lagi bentuk kebaikan yang dilakukan..

Penulis tidak mengatakan bahawa perkara-perkara tersebut adalah salah tetapi perkara ini hanya dapat dilihat berlaku apabila tibanya musim peperiksaan..Apakah kita melakukan perkara-perkara ini hanya retorik dan semata-mata untuk mengampu Allah untuk meluluskan peperiksaan kita atau kita benar-benar ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya kepada Allah??

Oleh itu,marilah kita bersama-sama membetulkan niat terhadap amalan-amalan yang kita telah dilakukan,apakah Allah menerima segala amalan kita..Apakah kejayaan kita sebelum ini adalah anugerah dari Allah ataupun Istidraj yang diberikan oleh Allah??Kita menyangkakan bahawa selama ini Allah s.w.t telah memberikan banyak rahmat dan nikmat kepada kita akan tetapi rupa-rupanya itu adalah hanya Istidraj yang Allah berikan..Na`uzubillah,semoga kita dijauhkan daripada perkara tersebut.

Justeru,penulis berpesan kepada diri sendiri dan kepada sahabat-sahabat sekalian agar kita bersama-sama bertaubat dengan taubat nasuha iaitu dengan menyesali segala perbuatan-perbuatan mungkar yang telah dilakukan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hambaNya selama rohnya tidak sampai kepada kerongkong(hampir kepada maut)" Riwayat Turmuzi.Allah s.w.t Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Berkesempatan dengan musim peperiksaan ini,marilah kita bersama-sama berusaha menjadi hamba yang soleh dan ikhlas di dalam melaksanakan ibadah..Semoga usaha kita yang sedikit ini menjadi satu nilaian yang terbaik di sisi Allah s.w.t..Salam Imtihan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Wednesday, April 15, 2009

Study..study..

10.40am,
16.04.2009,
atas meja study,
Kolej Ibu Zain..


"penatnya study.." "cukuplah ni,jap lg smbung balik,nak layan FIFA jap".."mak ai,banyaknya tak baca lagi.."

Inilah di antara kalimah-kalimah yang sering disebut-sebut setiap kali menjelang peperiksaan..berbagai-bagai mehnah dan tribulasi yang berlaku(huhu) setiap kali hendak berjuang di saat last-last minit ni..ada sahaja perkara yang akan berlaku..

sedar tak sedar,rupanya dah hampir 23 tahun dah penulis mengharungi peperiksaan..bermula dengan peperiksaan sewaktu bayi dulu(belajar merangkak,berjalan) sehingga la sekarang, apabila menyambung perjuangan di UKM yang dicintai ini..berbagai-bagai bentuk soalan yang telah dilalui..ada yang gembira,ada yang duka,erm..kenangan oh kenangan..

tak lupa juga macam mana cara nak mudah menghafal point2..haha..mcm2 teknik..paling xleh lupa sekali masa sekolah rendah dulu..macam2 teknik yang dipelajari..Mat Jenin Ke Hutan Bawa Ikan U(formula susunan warna pelangi) haha...macam2 lagila..teringat dulu masa di sekolah rendah,penulis paling tidak suka meniru di dalam peperiksaan(hehe)..kadang-kadang bila ada kawan minta jawapan,semuanya penulis bagi jawapan salah, sampaikan adalah seorang kawan tu pelik dengan jawapan yang penulis bagi..haha..padan muka..siapa suruh nak meniru..tak elok..maaf la kalau individu tersebut ada terbaca artikel ini..huhu

setelah berpenat lelah `study`,akhirnya keputusan peperiksaan yang menjadi penantian..huhu..Allah itu Maha Adil..semenjak sekolah lagi,penulis sentiasa memperolehi keputusan yang boleh dikira `nasib baik`..huhu..nak tau nasib baik apa??huhu

Masa UPSR dulu, penulis dapat 3A 2C,bila balik rumah,mak tanya,"Nazri,dapat berapa?" penulis pun cakap dengan penuh yakin.."dapat 3A tapi lagi dua tu tak ingat..(padahal malu nak cakap dapat C)haha..masa berganti masa,tibalah peperiksaan PMR..exam punya exam,keluarlah result..nak tau dapat berapa..jeng..jeng..jeng..2A 7B..bila mak tengok keputusan penulis,mak pun cakap "Nazri,tu la ko..kalau kau belajar lebih sikit,yang B tu boleh jadi A"..pesanan mak dibuat endah tak endah..mana boleh nak study betul2 ek?yela,waktu muda2 macam tu,takkanlah nak study je..masa tula jiwa remaja kita bergolak,hiburan,awek(huhu,sekadar tambahan),macam2 lagila..yela..rasa macam dah dewasala katakan..huhu

Tibalah detik SPM yang dinanti,kawan2 sibuk study,tapi penulis masih lagi terlalai dengan alat komunikasi yang mana ketika itu,ianya memang amat2 berharga..HANDPHONE..haha..teringat masa kat SAMT KKB,siapa yang ada Nokia 3310,memang kayala..siap boleh upgrade kt Kota Raya..haha..penulis pun tak ketinggalan mendapatkannya..masa exam SPM pula,kawan2 sibuk study,penulis sibuk jugak tapi sibuk ke cyber cafe..masa tu tengah hangat counter strike..study pun last minute,pukul 10 exam,pukul 7 baru nak baca..nak tau x bape result SPM??:D

kalau tidak silap,masa bulan 3 tahun 2005,keluarlah result..jeng..jeng..jeng..satu kampung telefon.."Nazri dapat berapa??".."Anak kau dapat berapa??" soalan yang diajukan kepada mak..Mak pun telefon masa penulis berada di sekolah.."Nazri,dapat berapa??"..penulis pun cakap.."tunggu kat rumah"..Sampai je kat rumah,penulis terus menyerahkan slip exam kepada mak..:d 2A,6B,1C..Alhamdulillah,mak pun senyum..matematik yang tak pernah dapat A,C pun nasib baik masa ting 4 dengan 5..dengan keputusan SPM ini,penulis telah ditawarkan ke UIA..akan tetapi atas kehendak mak ayah,penulis pun pergilah ke Darul Quran,Kuala Kubu Bharu..

Ya Allah,betul ke aku sekarang berada di Darul Quran??boleh ke aku menghafaz Quran??mampukah aku??persoalan yang bermain2 di kepala penulis sewaktu menjejakkan kaki ke Darul Quran..masa demi masa dilalui,waktu demi waktu dilepasi,pelbagai dugaan direntangi,ya Allah,sukarnya ketika itu,bagaimana hendak menyimpan kalam-kalam Allah di dalam hati,pelbagai masalah dilalui,kadangkala menangis tatkala ayat yang wajib di hafaz untuk di tasmik tidak dapat di ingati,hanya Allah je yang tahu perasaan masa tu,masa tu terfikir,"aku ni layak ke nak hafaz Quran??"..erm..

Tanggal 17 Disember 2007,hari bersejarah di dalam hidup penulis..akan kenang tarikh ini sampai bila2..hari di mana penulis berjaya menamatkan hafalan di Darul Quran..ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk menjaga Kalam-MU..tanggal 28 Februari 2008,peperiksaan diploma yang wajib di lalui penulis untuk melayakkan penulis menerima skrol diploma `DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL DAKWAH`..alhamdulillah,pada 23 Julai 2008,hari yang amat bermakna apabila Pesta Konvokesyen DQ diadakan untuk meraikan pelajar DQ sesi 2005-2008..Satu kampung turun,nak tengok anak dan cucu kebanggaan diorang..hehe(untuk makluman,penulis merupakan anak pertama dan cucu pertama dalam salasilah keluarga mendapat diploma dan menjejakkan kaki ke universiti)hehe..

Tanggal 23 Jun 2008,bermulalah satu lagi lembaran perjalanan penulis tatkala penulis ditawarkan untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda(Ijazah Pengajian Arab dan Tamadun Islam takhasus Bahasa)..perasaan mak ayah tersangat bangga bila melihat aku mendapat universiti kebangsaan malaysia,sedangkan ketika itu,aku sudah ditawarkan untuk temuduga jawatan pembantu hal ehwal Islam di Maiwp..tapi tidak mengapalah,apabila mak ayah meredhai perjalanan kita,insyaAllah,itulah perjalanan hidup akan bahagia..

Kini,penulis sedang meneruskan perjuangan di bumi UKM..semoga Allah s.w.t menerima niat dan amalan penulis sepanjang penulis berada disini..Mak Ayah,maafkan diriku ini yang kadangkala mengguris hatimu..bukan sengaja dilakukan tetapi ini semua adalah tarbiyah untuk diriku..sampai satu masa nanti,kita akan tetap berpisah..tak dapat nak digambarkan apakah suasana yang akan dilalui oleh diriku pada waktu itu..erm..YA Allah,panjangkanlah umur ibu bapa ku,tempatkanlah mereka di dalam golongan orang yang beriman..AMIN..

(artikel ini ditulis ketika `rest` kejap dari study..oklah,nak sambung study balik..tiba-tiba je rasa nak share pengalaman hidup..hehe..okla,Salam..:)


penulis sewaktu berumur 2 tahun..comel tak?


ketika menerima skrol diploma..:)


kenangan kelas tasmik DQ dulu..hehe

Oh Exam...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam perjuangan kepada sahabat-sahabat yang akan menduduki peperiksaan semester beberapa hari lagi..segala peralatan sudah dipersediakan,ilmu di dada sedang dimantapkan..hubungan dengan Tuhan WAJIB dipertingkatkan,keberkatan dari ibu bapa dan pensyarah wajarnya di harapkan..Salam imtihan kepada rakan..Semoga Allah menerima doa kita..insyaAllah..:)
Monday, March 30, 2009

journey to Singapore Siri 2...:)

sebelum bermulanya program berbasikal,kami telah diberikan taklimat tentang sexual transmitted infection(STI)..mmg hebat..penerangan dripada penceramah pun mmg powerful..satu penerangan yang ringkas,padat dan berkualiti yang akhirnya membuatkan kami sebagai peserta mendapat konklusi bahawa hubungan seks sebelum kahwin mendatangkan mudarat kepada pengamalnya..
pengalaman yang menarik semasa program itu ialah ketika menyiapkan latihan yang diberikan oleh penceramah..penceramah menyediakan latihan-latihan di dalam bahasa inggeris dan cara menyelesaikannya ialah dengan bertanyakan kepada peserta-peserta yang lain..seperti yang kita ketahui,mereka di sana berbahasa inggeris..so,terkapai-kapai juga penulis hendak menjawab soalan yang di tanya oleh orang lain..so,selepas ini,kita kena tingkatkan pemahaman kita dalam bahasa inggeris supaya kita dapat melebarkan dakwah kita ke serata dunia..:)
Jam menunjukkan pukul 11.00 malam,pihak urusetia memberikan sedikit informasi tentang perjalanan pada malam itu, soal keselamatan dan sebagainya..kemudian kami dikumpulkan di hadapan masjid as-syafaah..penulis diletakkan di kumpulan yang pertama..best sangat..jam 11.30 malam,kami dilepaskan oleh pihak urusetia dan pengayuhan pun bermula..:)
suasana malam di singapura memang indah..bangunan-bangunan yang tersusun indah,bersih,membuatkan penulis kagum dengan keindahan prasarananya..kami berhenti di checkpoint pertama.geram penulis..kawan-kawan dari singapura kesemuanya masuk ke kedai yang berdekatan untuk membeli minuman pemuas dahaga..penulis hanya menelan air liur sahaja..walaupun penulis memiliki seribu ringgit cash pun, tetapi wang tersebut tidak ada nilai di sana..begitu juga di checkpoint kedua..telan air liur je la..hehe..
Kayuh punya kayuh,akhirnya sampailah ke tempat yang dituju iaitu di pantai east cost,Singapore kira-kira jam 3.30 pagi..walaupun waktu pagi,tetapi masyarakat Singapura masih lagi beraktiviti di sana..ada yang berbasikal,bersembang-sembang,berkelah bersama keluarga dan sebagainya..Letih sangat..sedar tak sedar,kaki penulis sudah mengayuh sejauh 33 kilometer..fuh,jauh macam penulis berbasikal dari UKM ke rumah di Kuala Lumpur..
Kemudian,kami pun berehat seketika sementara menunggu solat subuh..selepas menunaikan solat subuh,kami diberi sedikit pengisian oleh ustaz jemputan seterusnya slot terakhir daripada pihak urusetia iaitu slot motivasi iaitu kesinambungan daripada slot pada malam hari sebelumnya..
Kira-kira jam 9.30 pagi,kami pun kembali ke masjid al-Huda untuk membersihkan diri dan bersiap-siap sedia untuk pulang ke Malaysia..sebelum pulang, kami sempat menziarahi masjid Bal`Alwi iaitu masjid yang diasaskan oleh keturunan Rasulullah di Singapura.dikatakan bahawa masjid ini mempunyai karamah yang tersendiri..penulis bersama sahabat-sahabat yang lain sempat menunaikan solat dhuha di sana..
Jam 12 tengah hari,penulis sudah berada di Imigresen Singapura..kami pun bertolak pulang ke Malaysia..Kenangan yang dimiliki ketika di Singapura banyak memberikan pelajaran kepada penulis..Semoga Allah memberi peluang kepada penulis untuk mengembara ke serata dunia...insyaAllah..:)



ketika mendengar ceramah STI..


bersiap sedia untuk mengayuh basikal..hehe


Wisel ditiup tanda bermulanya pengayuhan..


sedang berehat di check point kedua..


walaupun penat mengayuh,`posing` tetap perlu ada..hehe


sesi pengambaran bersama peserta lelaki


sesi penggambaran pelajar perempuan..


delegasi Malaysia bersama pihak urusetia..


papan tanda masjid Bal`Alwi


sebahagian daripada perpustakaan mini masjid


ruang dalam masjid
Monday, March 23, 2009

journey to Singapore Siri 1...:)

Kali ini,penulis akan berkongsi pengalaman yang di alami oleh penulis ketika menziarahi Singapore pada 20-21 Mac yang lepas..pada pandangan penulis,ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat penulis kerana julung-julung kalinya pergi ke oversea..:) (sebelah tambak je pun)..debaran mula terasa apabila mula memasuki pejabat imigresen Malaysia seterusnya dengan perasaan yang agak-agak takut ketika memasuki imigresen Singapura..Setelah passport disemak, pegawai Imigresen Singapura bertanya kepada delegasi kami tentang tujuan kami memasuki Singapura, kami menjawab bahawa kami dijemput menyertai program anjuran masjid-masjid di Singapura..pegawai tersebut tersenyum dan membenarkan kami melepasi sempadan MAlaysia-Singapore..

Wah..Alhamdulillah,buat julung kalinya penulis menjejaki tanah di luar negara..cewah..sama seperti persepsi penulis sebelum memasuki Singapura..Negara tersebut memang bersih,cantik,tersusun rapi..suasana yang aman damai,walaupun ditadbir oleh non Muslim tetapi keadaan persekitaran di sana memang menarik..

Kami tiba di Masjid Al-Huda jkira-kira jam 7.00 malam dan disambut oleh Pengerusi Masjid yang sangat peramah dan sporting iaitu Haji Azman..MasyaAllah,layanannya terhadap kami tidak dapat digambarkan..Ketika berada di Masjid Al-Huda, satu demi satu persepsi penulis terhadap Muslim di Singapura terhakis..Penulis seakan-akan tidak percaya tentang pengurusan masjid di sana..bayangkan sahabat-sahabat,mereka melaksanakan lebih kurang `30 dan ke atas` program masjid..tidak seperti di Malaysia,kita hanya berprogram apabila tiba hari-hari bersejarah Islam tetapi di sana, pelbagai aktiviti yang di jalankan..

Program2 yang dilaksanakan di sana juga melibatkan non Muslim dan kami juga diberitahu, mengikut kajian, setiap 80 jam terdapat seorang non Muslim memeluk Islam..MasyaAllah,hebat sangat..banyak perkara yang dipelajari oleh penulis ketika berada di sana..penulis akan berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang pengalaman penulis di sana agar kita bersama-sama dapat memajukan orang Islam khususnya di Malaysia..


Masjid al-Huda,Singapura


Kenderaan yang kami gunakan ketika di sana..:)


Penulis dan rakan-rakan bersama-sama Haji Azman dan Ajk Program di Masjid al-Syafaah
Tuesday, March 10, 2009

Perjuangan Rasulullah yang dirindui..

Perayaan sambutan maulidur rasul rancak dilaksanakan di sana-sini..Forum,ceramah, diskusi adalah perkara yang acapkali dilaksanakan apabila tibanya tarikh 12 rabiul awal..persoalannya di sini, apakah kita benar-benar menghayati setiap kisah-kisah perjuangan Rasulullah itu sendiri??jika di tanya tentang rentetan kisah kehidupan Rasulullah, penulis yakin dan percaya bahawa sahabat-sahabat dapat menceritakannya bermula dari peristiwa yang berlaku sewaktu kelahiran Rasulullah hinggalah saat kewafatan baginda akan tetapi pernahkah kita berfikir walau sejenak akan hikmah-hikmah di sebalik kisah-kisah baginda??
Pernahkah kita cuba menyelami hikmah-hikmah di sebalik peristiwa penting baginda??apakah keunikan perjanjian hudaibiyah misalnya??apakah keistimewaan piagam madinah misalnya??begitu banyak petunjuk yang baginda zahirkan untuk di amalkan dan dilaksanakan oleh umatnya akan tetapi apakah kita ini, yang mengaku sebagai umatnya, yang mengharap syafaat baginda di akhirat nanti, melaksanakan segala sunnahnya??apakah dengan tindakan kita sekarang ini melayakkkan kita untuk tergolong di kalangan golongan tersebut??
melihat kepada situasi zaman sekarang, apakah kita ini, generasi akhir zaman ini, layak digelar umat muhammad??dengan tindakan dan kelakuan kita yang banyak terpesong dengan ajaran baginda..Malah, kita sendiri kadangkala memusnahkan dan mencacatkan ajaran baginda itu sendiri..alahai..malunya kita hendak berhadapan dengan baginda di akhirat nanti..layakkah kita memohon syafaat dripadanya???

masya Allah, ya Allah,bantulah kami di dalam usaha kami menegakkan agama-Mu, kami akur dan pasrah dengan segala ketentuan-Mu,kami sedar bahawasanya tidak ada daya upaya kami ke atas sesuatu bahkan Engkaulah segala-galanya..Tempatkanlah kami bersama-sama hamba kesayangan-Mu ya Allah..Amin

Salam Maulidurrasul 1430H
Tuesday, March 3, 2009

Mahasiswa dan masyarakat

Mahasiswa secara ringkasnya adalah merupakan satu generasi yang berilmu, intelektual, bijak menyelesaikan masalah, selalu terkehadapan di dalam sesuatu isu dan sebagainya. Masyarakat pula merupakan satu kelompok manusia yang terdiri daripada pelbagai usia, pelbagai gaya pemikiran, pelbagai karenah dan sebagainya. Apakah fungsi mahasiswa kepada masyarakat?Apakah tugas dan tanggungjawab mahasiswa terhadapnya?

Jika dilihat kepada situasi sekarang, mahasiswa dilhat banyak menonjol di dalam perkara-perkara dan isu-isu semasa. Namun begitu, terdapat satu lagi tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh mahasiswa iaitu bertugas untuk masyarakat. Tidak dinafikan bahawa mahasiswa pada masa kini bijak didalam mentafsir keadaan politik semasa, bijak memberi idea dan buah fikiran, dan komited di dalam mengiringi arus politik semasa akan tetapi perlu di ingat bahawa kita mempunyai satu kewajipan yang harus dilaksanakan iaitu memberikan bakti kepada masyarakat secara berterusan.

Jika kita melihat kepada suasana keadaan masyarakat sekarang, pelbagai gejala sosial yang berlaku dikalangan remaja,masalah komunikasi antara sesama masyarakat dan sebagainya. Maka,menjadi kewajipan kepada mahasiswa untuk membetulkan situasi ini. Dengan ilmu yang kita miliki, curahkanlah sepenuhnya kepada masyarakat khususnya golongan remaja. Mereka amat memerlukan kita untuk menunjukkan jalan kepada mereka. Kita boleh diumpamakan sebagai lampu suluh kepada mereka. Seandainya lampus suluh itu malap dan tidak menyala,apakah ia mampu untuk menunjukkan jalan kepada mereka??

Baru-baru ini, penulis telah menyertai progrem khidmat masyarakat bersama Kesatuan Pelajar Islam Johor(KPIJ) di Kg Bagan laut, Rengit,BAtu PAhat,johor.Satu pngalaman yang benar-benar memberi kesan kepada diri penulis. Walaupun program hanya setengah hari tetapi ia amat berkualiti di sisi penulis. Semangat adik2 yang komited untuk membersihkan masjid, semangat `orang-orang lama` juga amatlah dihargai. kemudian, ketika majlis penutup program tersebut, wakil daripada `orang lama` kampung tersebut memberikan kata-kata ucapan yang mana di sisi penulis, ia merupakan luahan masyarakat kampung tentang mahasiswa. Beliau menyebutkan bahawa mereka di masyarakat kampung sana amat mengharapkan mahasiswa untuk turun bersama mereka, mengajar mereka, membimbing mereka sekiranya mereka salah, dan sebagainya. Beliau juga turut melahirkan rasa kecewa terhadap mahasiswa dimana beliau menyebut bahawa terdapat segelintir mahasiswa yang hanya lantang di kampus memperjuangkan isu2 akan tetapi malap setelah habis belajar di universiti. Beliau juga berpesan kepada kami supaya istiqamah di dalam berbakti kepada masyarkat dan ikhlas dalam melaksanakannya.

Oleh itu, wahai sahabat2, kita telah dicabar oleh masyarakat. Apakah tindakan kita seterusnya??Kita ada akal untuk berfikir, kita ada akal untuk menilai, fikir2kanlah!!


Bersama-sama adik2 yang bersemangat..:)


bersama ajk pelaksana,ajk masjid, dan adik2 yang tersayang..:)


usrah bersama-sama adik2 selepas gotong royong..:)


penulis bersama-sama `orang kuat KPIJ` Khairullah..:)

Updates Via E-Mail

Video