Monday, April 27, 2009

Taubat Nasuha @ Taubat Retorik : Di manakah kita??

Taubat,satu perbuatan yang amat mudah untuk dilafazkan tetapi sukar untuk di amalkan..Setiap hari,manusia sering melakukan dosa dan maksiat walhal kesemua perkara tersebut diketahui akan kebatilannya namun ia tetap juga dilakukan oleh manusia..Naluri manusia yang sukakan kepada perkara dunia dan keseronokan tidak dapat dinafikan malah Allah s.wt juga telah berfirman di dalam al-Quran yang berbunyi:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak,harta benda yang banyak dan bertimbun-timbun,dari emas dan perak,kuda peliharan yang bertanda lagi terlatih,binatang-binatang ternak dan tanaman-tanaman.SEMUANYA ITU HANYALAH KESENANGAN DUNIA,dan ingatlah disisi ALLAH adalah sebaik-baik tempat kembali(syurga).. al-Imran : 14

Allah s.wt telah menukilkan di dalam kalamNya yang jelas memberi panduan kepada manusia supaya berpada-pada dengan nikmat dunia kerana kesemuanya itu adalah nikmat sementara,bahkan di sisi Allah sahajalah sebaik-baik tempat sandaran..

Namun begitu,manusia ini sering lalai dan leka,bertepatan dengan kaliman manusia itu sendiri yang di ambil dari perkataan arab,Nasiya yang bermaksud lupa..Maksiat dan dosa dilakukan saban hari tanpa merasa salah kepada Tuhan Robbul Izzati..Gejala sosial meningkat saban hari,bercouple,dan bermacam-macam lagi bentuk maksiat dan dosa yang dilakukan dan perkara-perkara tersebut dilihat agak berkurangan apabila tibanya waktu peperiksaan..masing-masing mula insaf dan melakukan ibadah dengan rajin..solat 5 waktu di surau,solat hajat setiap hari,dan berbagai-bagai lagi bentuk kebaikan yang dilakukan..

Penulis tidak mengatakan bahawa perkara-perkara tersebut adalah salah tetapi perkara ini hanya dapat dilihat berlaku apabila tibanya musim peperiksaan..Apakah kita melakukan perkara-perkara ini hanya retorik dan semata-mata untuk mengampu Allah untuk meluluskan peperiksaan kita atau kita benar-benar ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya kepada Allah??

Oleh itu,marilah kita bersama-sama membetulkan niat terhadap amalan-amalan yang kita telah dilakukan,apakah Allah menerima segala amalan kita..Apakah kejayaan kita sebelum ini adalah anugerah dari Allah ataupun Istidraj yang diberikan oleh Allah??Kita menyangkakan bahawa selama ini Allah s.w.t telah memberikan banyak rahmat dan nikmat kepada kita akan tetapi rupa-rupanya itu adalah hanya Istidraj yang Allah berikan..Na`uzubillah,semoga kita dijauhkan daripada perkara tersebut.

Justeru,penulis berpesan kepada diri sendiri dan kepada sahabat-sahabat sekalian agar kita bersama-sama bertaubat dengan taubat nasuha iaitu dengan menyesali segala perbuatan-perbuatan mungkar yang telah dilakukan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hambaNya selama rohnya tidak sampai kepada kerongkong(hampir kepada maut)" Riwayat Turmuzi.Allah s.w.t Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Berkesempatan dengan musim peperiksaan ini,marilah kita bersama-sama berusaha menjadi hamba yang soleh dan ikhlas di dalam melaksanakan ibadah..Semoga usaha kita yang sedikit ini menjadi satu nilaian yang terbaik di sisi Allah s.w.t..Salam Imtihan..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

0 comments:

Post a Comment

Updates Via E-Mail

Video