Monday, July 20, 2009

Selamat Ulang Tahun ke 43 Emak..:)

Warkah buat Mak..

Selamat Ulang Tahun yang ke 43 Emak..

Tiada apa yang dapat saya dapat balas di atas setiap jasa dan pengorbanan yang telah emak berikan kepada saya..walaupun diri ini selalu menyakiti hatimu tetapi Mak tetap bersabar dengan kerenah sikap saya..

Terlalu banyak memori yang selalu bermain-main di mindaku setiap kali berfikir mengenai mu,Mak..sejak dari kecil lagi, banyak kenangan manis yang bermain-main di mindaku..masih aku ingat tatkala aku berada di darjah 3, ketika aku ingin pergi ke sekolah di waktu pagi, aku tidak sempat menyiapkan kerja sekolah,Mak lah yang menyiapkan kerja sekolah aku..Nampak keletihan di wajahmu tatkala melayan kerenah aku yang nakal sewaktu bersekolah rendah dahulu..

Masa berganti masa,aku pun mula meningkat remaja,aku mula berpisah dengan mu,Mak..teringat ketika hari pertama berada di Asrama sewaktu di sekolah menengah dahulu,aku menangis pada malam hari,rindu sangat kat emak..ketika membaca Yasin pada malam jumaat,menitis air mata..minda terfikir-fikir apakah mak sedang lakukan sekarang,sihat ke,sakit ke,dah makan ke,Tuhan sahaja yang tahu perasaan ku pada waktu itu..

Setelah 3 tahun berpisah sejauh hampir 300km,aku pun mula mencari alasan untuk duduk berdekatan dengan Mak..akhirnya atas usaha ayah dan kedegilan aku,akhirnya aku bersekolah di sebuah sekolah agama di Selangor..hati pun mula seronok kerana aku dekat dengan mak..Berjaya juga aku mengukir senyuman di wajahmu ketika aku mendapat anugerah di sekolah..Tuhan je yang tahu betapa gembiranya hatiku ketika itu kerana aku berjaya mengukir senyuman mak ku..

Peristiwa yang peling tidak ku lupa,ketika aku ditawarkan ke Darul Quran..walaupun terdapat konflik yang timbul sebelum aku memasuki Darul Quran,tetapi atas doa Mak,aku masuk juga..Aku tahu niat seorang Mak ke atas anaknya yang degil ini adalah untuk menjadikan aku seorang anak yang soleh dan boleh mendidik dan berdakwah kepada keluargaku..Saat aku diserahkan oleh keluarga kepada Pihak Jakim ketika hari pendaftaran Darul Quran,dapat aku lihat linangan air mata di matanya..Saat itu, aku berazam aku akan mendapatkan segulung diploma khas untuknya..Setelah 3 tahun berjuang,akhirnya aku berjaya juga menghabiskan pengajianku..

Sewaktu majlis konvokesyen di Darul Quran,sekali lagi aku melihat linangan air matanya..ya Allah,aku rasa bersyukur sangat sebab dapat menunaikan impiannya untuk melihat anaknya menjadi hafiz..

Entahla..seronok sangat bila dapat bersama-sama dengan mak..hatiku sering tersentuh setiap kali berbicara dengan mak..Antara statement mak yang sering terngiang-ngiang di telinga aku, “nazri,tempoh masa kita bersama makin sikit..mak semakin tua,”..Aduh,aku tak boleh nak membayangkan kalau aku berpisah dengan mak..mak selalu memberi nasihat kepada aku..Di saat aku ditimpa masalah,dialah yang menenangkan aku..di saat aku lemah,dialah yang memberi semangat kepada aku..

Ya Allah,kau panjangkanlah umur ibuku..sihatkanlah tubuhnya..berikanblah kefahaman ilmu kepadanya kerana aku tahu mak ku sekarang berlumba-lumba untuk mencari ilmu,mudahkanlah segala urusannya..

Buat mak, Selamat hari ulang tahun yang ke 43..maafkan segala dosa saya,doakanlah saya berjaya dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat saya..Salam sayang dari saya..miss you mak..:)



Thursday, July 2, 2009

Tahniah dan Takziah untuk mahasiswa baru UKM sesi 09/10..

Salam tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kemasukan baru UKM sesi 09/10,semoga anda semua sudah bersedia untuk berhadapan dengan suasana baru yang lebih mencabar dan penuh dengan mehnah dan tribulasi di kampus ini..

Apabila melihat kemasukan pelajar baru ke UKM kali ini,saya mula terbayang waktu ketika saya juga mula mendaftar ke UKM..perasaan yang amat bangga sekali jelas nampak di riak muka ayah dan emak ketika menghantar saya ke UKM..walaupun pada hakikatnya ketika itu,jiwa saya memberontak hendak mencari pekerjaan dan membuat PJJ sahaja..akan tetapi takdir Allah telah menentukan segala-galanya dan saya percaya,percaturan ibu bapa akan membawa kejayaan kepada diri kita kerana perjuangan yang diiringi dengan restu dan doa ibu bapa,insyaAllah akan mendapat kejayaan..Saya sahut cabaran mereka untuk saya meneruskan pengajian ini..

Apabila saya masuk ke pintu pagar UKM,seolah-olah saya dapat merasakan satu perasaan dan suasana yang sangat-sangat luar biasa..teringat sewaktu kecil dulu,tatkala melihat abang-abang dan akak-akak mahasiswa datang membuat program di sekolah,jelas hati saya ketika itu melonjak-lonjak hendak menjejakkan kaki ke universiti..
Akhirnya cita-cita saya pun tercapai..Ketika itu,saya sendiri yang memandu kereta ke UKM untuk mendaftar..rasanya saya adalah pelajar yang terakhir mendaftar di kolej ibu zain..Hati ini ketika itu begitu bersemangat..yela,akhirnya saya sudah pun bergelar mahasiswa..persepsi saya ketika itu menggambarkan bahawa mahasiswa adalah satu golongan pelajar yang mempunyai intelektual yang tinggi,minda yang matang,mampu memberikan idea-idea yang bernas dan menjalankan aktiviti yang mencambah minda dan pemikiran..

Setelah mendaftar,saya pun mengemas sedikit barang dan bersedia untuk menyertai Minggu Mesra Pelajar..Apa yang berlaku sepanjang minggu tersebut benar-benar memeranjatkan saya kerana ia amat bercanggah dengan persepsi awal saya tentang kehidupan di universiti..semangat asabiyah kolej yang melampau,mahasiswa yang bertepuk-tepuk dan bersorak-sorak seperti M**y**t.hiburan yang terlalu melampau..kesian saya melihat sahabat-sahabat dan muslimah yang terpaksa mengikut rentak-rentak yang telah diaturkan oleh pc(pemudah cara)yang pada pandangan saya tidak sesuai untuk dilakukan kepada mahasiswa baru..kutuk mengutuk,dan bermacam-macam lagi yang pada pandangan saya jelas membunuh persepsi awal saya terhadap title `mahasiswa` dan seolah-olah ianya menghina title `mahasiswa itu sendiri..

Saya ingat lagi ketika itu,saya mengharapkan agar generasi selepas saya ini tidak akan melalui dan merasai apa yang telah saya hadapi di dalam minggu mesra pelajar ini akan tetapi malangnya saya melihat seperti tidak ada pembaharuan yang dilakukan di dalam minggu mesra pelajar untuk kali ini..slogan-slogan `TRANSFORMASI`,`1UKM,1KELUARGA` yang telah diwar-warkan oleh pihak tertentu nampaknya hanya slogan retorik semata-mata..

kita biasa pernah mendengar pepatah `berbahagialah manusia jika hari ini lebih baik dari semalam dan celakalah mereka yang hari mereka sama malah lebih teruk dari semalam..begitulah juga kepada program MMP ini..sekiranya ia dilihat lebih baik dari program sebelum ini,maka berjayalah program tersebut akan tetapi jika ia ini sama malah lebih teruk dari semalam,maka c*l*k* lah program tersebut..

buat adik-adik mahasiswa baru,cuba anda bandingkan apa yang telah anda lalui dengan apa yang telah kami lalui pada masa lalu dan analisis lah dengan bijak..saya hanya wujudkan persoalan dan andalah yang mempunyai jawapan yang tersendiri..

Untuk yang terakhir, Saya mendoakan adik-adik supaya berjaya dan ikhlas di dalam meneruskan pengajian di UKM ini dan mudah-mudahan Allah menerima segala usaha yang telah kita lakukan di dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini..InsyaAllah..

Updates Via E-Mail

Video